Pulau Labuan sebagai jaringan maritim dalam sejarah British Borneo,1846-1923

Kajian ini membincangkan mengenai sejarah Pulau Labuan sebagai jaringan maritim dalam sejarah British Borneo dari tahun 1846 hingga tahun 1923. Jaringan maritim merupakan rangkaian dan hubungan ekonomi di laut yang berhubung kait dengan aktiviti perdagangan, pelabuhan dan perkapalan. Semua aspek ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mosli Tarsat
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit UMS 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44321/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44321/
https://doi.org/10.51200/jmat.v1i1.6375
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan mengenai sejarah Pulau Labuan sebagai jaringan maritim dalam sejarah British Borneo dari tahun 1846 hingga tahun 1923. Jaringan maritim merupakan rangkaian dan hubungan ekonomi di laut yang berhubung kait dengan aktiviti perdagangan, pelabuhan dan perkapalan. Semua aspek ini sangat penting bukan sahaja untuk British mencipta keuntungan semata-mata tetapi juga untuk melihat kepentingan pulau ini dalam konteks sejarah maritim di Borneo. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang memberi tumpuan kepada sumber primer dan sumber sekunder dalam mendapatkan bahan-bahan kajian. Berdasarkan rekod-rekod sejarah jelas menunjukkan bahawa British telah berusaha mengeksploitasi sumber ekonomi di pulau ini sehingga menjadikan pulau ini sebagai tanah jajahan British pada tahun 1846. Walaupun dasar ekonomi British lebih menitikberatkan ekonomi berasaskan tanah daratan, namun aspek perdagangan, pelabuhan dan perkapalan juga turut menjadi tumpuan utama British di pulau ini.