Spiritualiti di tempat kerja sebagai peramal kompetensi instruksional guru penolong kanan: Satu kajian empirikal sekolah rendah di negeri Sabah
Kajian ini meneliti hubungan antara spiritualiti di tempat kerja dengan kompetensi instruksional dalam kalangan Guru Penolong Kanan (GPK) di sekolah rendah di Malaysia, dengan penekanan khusus terhadap konteks pendidikan awam di negeri Sabah. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitat...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Global Academic Excellence
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44277/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44277/ https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058002 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini meneliti hubungan antara spiritualiti di tempat kerja dengan kompetensi instruksional dalam kalangan Guru Penolong Kanan (GPK) di sekolah rendah di Malaysia, dengan penekanan khusus terhadap konteks pendidikan awam di negeri Sabah. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif dan mengaplikasikan pendekatan tinjauan korelasi deskriptif. Seramai 269 orang Guru Penolong Kanan dari sekolah rendah di negeri Sabah telah dipilih melalui persampelan rawak berstrata. Dua instrumen utama telah digunakan iaitu Skala Spiritualiti di Tempat Kerja oleh Ashmos dan Duchon (2000) dan Skala Kompetensi Instruksional yang dibangunkan berasaskan domain Kompetensi Instruksional dalam kerangka Kompetensi Pemimpin Sekolah 2.0 (KOMPAS 2.0) oleh Institut Aminuddin Baki (IAB). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap spiritualiti di tempat kerja adalah tinggi (Min = 3.74, SP = 0.62), manakala tahap kompetensi kompetensi instruksional berada pada tahap sederhana tinggi (Min = 3.60, SP = 0.71). Terdapat hubungan positif yang signifikan dan berada pada tahap sederhana antara spiritualiti di tempat kerja dengan kompetensi instruksional (r = 0.46, p < .01). Penemuan ini menekankan kepentingan pengintegrasian elemen spiritualiti dalam program pembangunan kepimpinan pendidikan, khususnya dalam memperkukuh nilai teras, motivasi intrinsik dan etika kerja dalam kalangan Guru Penolong Kanan. Implikasi kajian ini menyumbang kepada pembangunan pendekatan yang holistik dan berasaskan nilai dalam pembangunan profesional sistem pendidikan negara. |
|---|
