The prevalence of metals (cu, fe, mn, zn, cd and pb) in some vegetables and seaweeds of Sabah

Sebanyak 154 sampel sayur-sayuran seperti tomato, kobis, sawi bunga, timun, kobis Cina telah dikumpul dari pelbagai ladang di Kundasang, Keningau, Penampang dan Papar yang merupakan kawasan utama penanamannya di Sabah dan juga dari pasar borong di Kota Kinabalu. Sampel tanah dan air saliran (71 samp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Proum Sorya
Format: Thesis
Language:en
en
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44229/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44229/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44229/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sebanyak 154 sampel sayur-sayuran seperti tomato, kobis, sawi bunga, timun, kobis Cina telah dikumpul dari pelbagai ladang di Kundasang, Keningau, Penampang dan Papar yang merupakan kawasan utama penanamannya di Sabah dan juga dari pasar borong di Kota Kinabalu. Sampel tanah dan air saliran (71 sampel) juga diambil dari ladang­ladang tersebut. Sebanyak 18 sampel spesies rumpai laut kormesil (Eucheuma cottoni1) dan 18 sampel air laut t elah diperoleh dari Kudat dan Semporna. Sampel sayur dan rumpai laut telah dihadam menggunakan asid nitrik dan H202 sehingga larutan menjadi jernih. Sampel tanah telah diekstrak menggunakan air dan dihadam dengan asid nitrik. Larutan-larutan ini, sampel air saliran dan air laut telah ditapis untuk mendapatkan larutan yang jernih. Paras logam-logam (Cu, Fe, Mn, Zn, Cd dan Pb) dalam larutan sampel telah ditentukan menggunakan Spektrofotometer Serapan Atom Nyalaan. Hasil kandungan logam dalam semua jenis sampel seperti sayur-sayuran, rumpai laut, tanah, air saliran dan air laut menyerupai keputusan kajian-kajian lepas yang telah dilakukan sebelum ini. Kandungan Ferum dalam kobis (1.723-7.339 µg/g berat basah) didapati paling tinggi, diikuti dengan sawi bunga (1.232- 6.275 µg/g) dan tomato (2.137-4.132 µg/g). Namun, timun pula mempunyai kandungan zink yang tertinggi (0.564-2.117µ9/g) berbanding dengan paras logam lain yang dikaji. Ferum juga merupakan logam yang paling b anyak d itemui d alam air s aliran i aitu a ntara O .305-1.591 µg/ml dan juga dalam tanah yang diekstrak deng-an asid (34.993-23 245.65 µg/g). lni diikuti dengan plumbum (6.155-42.421 µg/g) manakala Mn merupakan logam yang mempunyai paras tertinggi dalam tanah ekstrak air ( 0.118-44.349 µ g/g). R umpai I aut yang d ikaji d idapati k aya d engan ferum (9.677-23.676 µg/g) dan zink (0.148-2.524 µg/g) manakala sample air laut juga menunjukkan bahawa ferum mempunyai paras yang tertinggi (30.588-47.368 µg/ml) diikuti oleh mangan (0.314-0.733µg/ml). Julat logam-logam Cd, Pb dan As dalam sayuran dan rumpai laut adalah lebih rendah daripada paras maksimum yang dibenarkan oleh Akta Makanan Malaysia 1983 dan Peraturan Makanan 1985 serta WHO/FAO. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa sayur-sayuran dan rumpai laut di Sabah adalah selamat sebagai sumber makanan kepada manusia.