Pengaruh faktor kesihatan mental, kecerdasan spiritual ke atas kebahagiaan hidup dan prestasi akademik pelajar

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor kesihatan mental dan kecerdasan spiritual ke atas kebahagiaan hidup dan prestasi akademik pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kajian dijalankan secara kuantitatif melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Salehan Alhafiz Mat Wajar, Rohana Hamzah, Ahmad Muhaimin Mohamad, Christina Andin
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44174/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44174/
https://doi.org/10.15282/ijhtc.v7i1.7591
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor kesihatan mental dan kecerdasan spiritual ke atas kebahagiaan hidup dan prestasi akademik pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kajian dijalankan secara kuantitatif melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian ke atas 460 orang responden yang dipilih secara rawak mudah daripada 9121 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda UMP. Analisis deskriptif mendapati majoriti responden mempunyai tahap kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan kebahagiaan hidup yang agak tinggi. Analisis korelasi pula menunjukkan bahawa kesihatan mental dan kecerdasan spiritual berhubung secara positif dengan kebahagiaan hidup dan prestasi akademik. Analisis regresi walau bagaimanapun membuktikan bahawa kebahagiaan hidup tidak mempunyai pengaruh mediasi yang signifikan ke atas hubungan di antara kesihatan mental dan kecerdasan spiritual dengan prestasi akademik. Secara keseluruhannya, kajian ini telah menyumbang kepada kekurangan dalam literatur mengenai tahap kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan kebahagiaan hidup dalam konteks pelajar universiti di Malaysia khususnya di UMP. Model yang dibina dalam kajian ini boleh dijadikan rujukan kajian yang lebih mendalam pada masa akan datang untuk memahami bagaimana kebahagiaan hidup dan prestasi akademik pelajar boleh ditingkatkan melalui kesihatan mental dan kekuatan kerohanian mereka.