Lontaran vokal dalam deklamasi puisi

Kertas penelitian ini membincangkan keberkesanan lontaran vokal dalam deklamasi puisi. Lontaran vokal yang baik penting untuk memastikan makna dan mesej yang terkandung dalam puisi sampai kepada penonton. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Penyelidikan Jerry dalam penulisan Nizila Asin (2007)...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mashor Awang Long, Asmiaty Amat, Mazni Mustapha
Format: Article
Language:en
Published: School of Languages, Literacies and Translation Universiti Sains Malaysia 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44079/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44079/
https://doi.org//10.36777/ijollt2023.6.1.067
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas penelitian ini membincangkan keberkesanan lontaran vokal dalam deklamasi puisi. Lontaran vokal yang baik penting untuk memastikan makna dan mesej yang terkandung dalam puisi sampai kepada penonton. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Penyelidikan Jerry dalam penulisan Nizila Asin (2007), menyebutkan bahawa variasi vokal saling berkaitan dengan konteks iaitu maksud pada setiap perkataan dalam setiap ayat yang merujuk dialog dalam sesebuah pesembahan. Antara komponen variasi vokal mengikut Jerry et.al adalah (1) nada (pitch) dan lingkungan (range), (2) infleksi, (3) kekuatan, (4) kadar atau tempo, (5) tekanan suara, (6) berhenti sekejap (pause) dan (7) irama. Kemampuan membezakan suara dalam barisan tone yang indah akan menciptakan kepelbagaian variasi vokal agar vokal tidak monoton atau statik. Perbincangan ini meneliti tiga (3) bacaan puisi terbaik iaitu pemenang dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-35 peringkat Kebangsaan tahun 2021, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hasil penelitian ini memperlihatkan bahawa peranan variasi vokal amat penting dan memberikan manfaat kepada pemantapan mutu dalam penyampaian deklamasi puisi.