Analisis bibliometrik: Penyelidikan terhadap isu kesihatan mental kanak kanak di Asia Tenggara (2014-2024)

Isu kesihatan mental kanak-kanak telah menjadi perhatian global yang mendesak kerana kesannya terhadap kualiti hidup individu dalam jangka masa panjang. Di rantau Asia Tenggara, penyelidikan dalam bidang ini masih terhad akibat stigma sosial, kekurangan sumber, dan akses yang rendah kepada perkhidma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Isma Syafitri Eddy Muhartono, Mohd Roslan Bin Rosli, Nur Adimah Binti Adilon, Dewy Syahirah, Nur Nadiah Nabilah Binti Japanis @ Osman, Wanda Kiyah George Albert, Mohd Haazik Mohamed
Format: Article
Language:en
Published: Researchgate 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43813/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43813/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu kesihatan mental kanak-kanak telah menjadi perhatian global yang mendesak kerana kesannya terhadap kualiti hidup individu dalam jangka masa panjang. Di rantau Asia Tenggara, penyelidikan dalam bidang ini masih terhad akibat stigma sosial, kekurangan sumber, dan akses yang rendah kepada perkhidmatan kesihatan mental kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis secara saintifik trend penyelidikan mengenai kesihatan mental kanak-kanak di Asia Tenggara sepanjang tempoh 2014 hingga 2024. Data diperoleh daripada pangkalan data Scopus, dan perisian VOSviewer digunakan untuk memvisualisasikan corak penerbitan dan kolaborasi dalam topik ini. Sebanyak 103 artikel telah dikenal pasti, dengan Amerika Syarikat menerbitkan artikel terbanyak (n=26), diikuti oleh Australia (n=18) dan United Kingdom (n=15). Hasil ini mencerminkan dominasi negara maju dalam penyelidikan global berbanding dengan sumbangan negara serantau. Dari segi pengarang, Peltzer, Karl dan Pengpid, Supa dikenalpasti sebagai penulis paling prolifik, masing-masing dengan 5 artikel dan 161 sitasi, menunjukkan pengaruh mereka yang signifikan dalam bidang ini. Kata kunci utama seperti "Kesihatan Mental" (n=17), "Remaja" (n=7), "Kemurungan" (n=7), "Kemurungan" (n=4) mencerminkan fokus utama penyelidikan terhadap isu-isu kesihatan mental yang kritikal. Hasil dapatan dibincangkan berdasarkan analisis kata kunci dan trend penerbitan yang telah dikenalpasti.