Analisis bibliometic 2018-2023 : Kesihatan mental dalam kalangan lelaki dewasa dari persepktif kerja sosial perubatan

Kesihatan mental merupakan masalah global yang dihadapi oleh semua lapisan masyarakat termasuk kaum lelaki. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada jenis kesihatan mental tinggi yang dihadapi oleh kaum lelaki pada tahun 2019 hingga 2024 dan melihat faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Gloria Paya Webber, Alisya Lisa Hadil, Francilla Jimmen, Esterfania Venissa Anak Johon, Rosnah binti Abdul Hamid, Mohd Haazik Mohamed
Format: Article
Language:en
Published: Universiti malaysia Sabah 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43805/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43805/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesihatan mental merupakan masalah global yang dihadapi oleh semua lapisan masyarakat termasuk kaum lelaki. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada jenis kesihatan mental tinggi yang dihadapi oleh kaum lelaki pada tahun 2019 hingga 2024 dan melihat faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada masalah ini. Penerbitan berkaitan kesihatan mental dalam kalangan lelaki diambil daripada laman web Scopus melalui pemilihan kata kunci yang bersesuaian dengan tajuk serta skop kajian. Seterusnya, Vosviewer digunakan untuk mendapatkan data analisis bibliometrik serta visual analisis. Secara Keseluruhannya, sebanyak 4,789 dokumen yang berkaitan dengan kesihatan mental dalam kalangan lelaki yang dikenalpasti dan artikel memiliki jumlah penerbitan yang tertinggi iaitu sebanyak 4,333. Negara United States, United Kingdom dan Australia memiliki bilangan penerbitan dokumen yang tertinggi masing-masing 1692, 406, dan 334 menunjukkan sumbangan yang besar dalam penerbitan. Penerbitan mengikut bidang subjek didahului oleh Sains Sosial sebanyak 1065 penerbitan bidang, diikuti dengan perubatan sebanyak 652, manakala terdapat bidang luar juga mengambil bahagian dalam penerbitan seperti Biokimia & Biologi Molekul sebanyak 5%. Dari aspek kata kunci, Kesihatan mental (“depression” , “mental health” dan “anxiety”) merupakan top 2 kata kunci diikuti dengan faktor penyumbang iaitu Human Immunodeficiency Virus (HIV), C0VID-19, Kualiti hidup, bunuh diri dan ketidakfungsian erektil. Hasil dapatan dibincangkan berdasarkan pengaruh pandemik covid-19, isu kesihatan seksual, pengguna bahan dan pengaruh kualiti hidup terhadap kemurungan dan kebimbangan dalam kalangan lelaki dan membincangkan perspektif Pekerja Sosial Perubatan dalam kajian ini.