Pelaksanaan amalan 5S dalam kalangan guru di enam buah sekolah menengah di daerah Kota Marudu

Disertasi ini adalah berkaitan dengan kajian tentang pelaksanaan amalan SS dalam kalangan guru di enam buah sekolah menengah di daerah Kota Marudu. Aspek kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan tahap pemahaman dan kesan pelaksanaan amalan SS dalam kalangan guru di enam buah sekolah di daerah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rodzainie Matimpan
Format: Thesis
Language:en
en
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43438/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43438/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43438/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Disertasi ini adalah berkaitan dengan kajian tentang pelaksanaan amalan SS dalam kalangan guru di enam buah sekolah menengah di daerah Kota Marudu. Aspek kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan tahap pemahaman dan kesan pelaksanaan amalan SS dalam kalangan guru di enam buah sekolah di daerah Kota Marudu di mana faktor yang diambil kira adalah beberapa ciri demografi termasuk jantina, jawatan dan juga pengalaman mengajar. Bilangan responden yang terlibat adalah seramai 184 orang daripada 464 orang guru di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Marudu. Instrumen kajian yang dilakukan adalah berbentuk soal seldidik di mana analisis data menggunakan SPSS 20.0. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan di dalam kedua-dua pembolehubah yang terlibat iaitu tahap pemahaman guru dan juga kesan pelaksanaan amalan SS dalam kalangan guru tersebut berdasarkan kepada ketigatiga faktor yang disebutkan di atas. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan skor min yang signifikan di antara tahap pemahaman dan juga kesan pelaksanaan amalan SS tersebut dalam kalangan guruguru di enam buah sekolah menengah di daerah Kata Marudu.