Implementasi surah al-Hujurat bagi membendung konflik dan melestarikan hubungan baik di tempat kerja

Mengekalkan hubungan baik di tempat kerja merupakan satu cabaran yang signifikan diberikan perhatian kerana setiap pekerja memiliki matlamat peribadi yang mungkin berbeza dengan rakan sekerja lainya dan berupaya mencetuskan konflik. Konflik yang tidak terkawal akibat hubungan yang tegang boleh membe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yasir Ramlee
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43407/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43407/
https://doi.org/10.33102/jmqs.v20i2.503
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mengekalkan hubungan baik di tempat kerja merupakan satu cabaran yang signifikan diberikan perhatian kerana setiap pekerja memiliki matlamat peribadi yang mungkin berbeza dengan rakan sekerja lainya dan berupaya mencetuskan konflik. Konflik yang tidak terkawal akibat hubungan yang tegang boleh memberi impak negatif jelas terhadap prestasi dan kualiti kerja. Oleh itu, panduan yang jelas diperlukan untuk memperbaiki muamalah di tempat kerja untuk memastikan setiap pekerja memahami etika yang perlu dipatuhi semasa bertugas. Makalah ini mengupas bentuk-bentuk tindakan yang dapat diimplementasikan di tempat kerja bagi melestarikan hubungan baik berdasarkan istinbat ayat-ayat terpilih daripada surah al-Hujurat. Antara panduan yang diketengahkan pada surah tersebut ialah menghormati pihak atasan, mengekalkan etika komunikasi, membudayakan sikap kerjasama dan muhasabah kendiri, serta menghargai kepelbagaian karakter. Dengan menerapkan nilai-nilai ini, tempat kerja berpotensi berkembang menjadi persekitaran yang lebih positif dan produktif kerana terbina atas dasar kesefahaman dan kerjasama yang kukuh antara pekerja.