Sumber sejarah sebagai “supportive evidence” dalam pemilikan Malaysia di Gugusan Semarang Peninjau (GSP), Laut China Selatan (LCS)
Malaysia secara rasminya telah menduduki beberapa fitur di Kepulauan Spratly selepas terbitnya Peta Baharu Malaysia 1979 berikutan daripada kedudukan Gugusan Semarang Peninjau (GSP) yang terletak dalam Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) dan sempadan Pelantar Benua Malaysia di Laut China Selatan (LCS). Bersa...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Malaysia Sabah
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43374/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43374/ https://doi.org/10.51200/manu.v35i2.5766 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Malaysia secara rasminya telah menduduki beberapa fitur di Kepulauan Spratly selepas terbitnya Peta Baharu Malaysia 1979 berikutan daripada kedudukan Gugusan Semarang Peninjau (GSP) yang terletak dalam Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) dan sempadan Pelantar Benua Malaysia di Laut China Selatan (LCS). Bersandarkan kepada prinsip ini, beberapa kes pertikaian sebelumnya telah dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) merujuk kepada pertikaian Pulau Sipadan-Ligitan (2002) dan Pulau Batu Puteh (2008) antara Malaysia, Indonesia dan Singapura. Keabsahan terhadap pemilikan GSP pula lebih dominan melibatkan konflik pertikaian di antara Malaysia, Vietnam dan China. Ironinya, Malaysia kemungkinan akan bersedia membawa penyelesaian konflik ini ke ICJ dalam masa terdekat atau beberapa dekad kemudian. Menyedari hakikat ini, kajian dalam makalah ini cuba menelusuri wacana sumber sejarah sebagai “supportive evidence” dalam pendudukan Malaysia di GSP, LCS melalui kaedah kepustakaan. Kaedah ini berteraskan disiplin sejarah dan analisa perdebatan mengenai sumber sejarah dalam perundangan antarabangsa berdasarkan hujah-hujah perspektif perundangan. Antara sumber primer yang digunakan adalah melalui laporan kes mahkamah ICJ, rekod Arkib Kebangsaan United Kingdom seperti Public Record Office (PRO) dan beberapa dokumen yang diperolehi dari Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Arkib Negeri Sabah (ANS) serta beberapa sumber sekunder dalam bentuk artikel dan buku. Kajian mendapati bahawa, meskipun Malaysia bakal menggunakan asas International Law dalam pemilikan terhadap GSP, sumber sejarah boleh digunakan sebagai “supportive evidence” bagi mendukung prinsip kedaulatan wilayah terhadap GSP khususnya mengenai aktiviti bertaraf sejarah yang pernah dilakukan oleh British serta sebagai mekanisme kesiapsiagaan Malaysia menjawab persoalan atau asas sejarah kolonial yang bakal digunakan oleh negara penuntut yang lain. |
|---|
