Penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar KAA di Kota Kinabalu, Sabah: Suatu analisis deskriptif

Penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia sering dikaitkan dengan isu disiplin, pengaruh media sosial, dan kurangnya bimbingan nilai murni. Apakah hal ini turut mengaitkan pelajar yang sememangnya berada dalam Kelas Aliran Agama (KAA) yang sememangnya menerima pendedahan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Salmah S. Hassan, Norsimah Dasan, Issraq Ramli
Format: Article
Language:en
Published: Global Academic Excellence 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43302/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43302/
https://doi.org/10.35631/IJEPC.955070
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia sering dikaitkan dengan isu disiplin, pengaruh media sosial, dan kurangnya bimbingan nilai murni. Apakah hal ini turut mengaitkan pelajar yang sememangnya berada dalam Kelas Aliran Agama (KAA) yang sememangnya menerima pendedahan syariah islamiah? Kekurangn kajian lepas menjadi landasan kepada kajian ini dijalankan. . Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif melaporkan demografi dan tahap penghayatan akhlak pelajar. Data dikumpulkan melalui soal selidik yang diedarkan kepada 316 pelajar dari lima buah sekolah yang menawarkan KAA di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Soal selidik yang digunakan adalah Penghayatan Akhlak yang mempunyai 41 item dengan 5 Skala likert. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar KAA secara umumnya menunjukkan tahap penghayatan akhlak yang tinggi dengan penekanan pada nilai-nilai seperti mempercayai Rukun Iman, dan akhirnya dapat menghayati pelaksanaan rukun Islam. Kajian ini diharapkan dapat memberikan panduan berguna untuk pelajar dan pihak sekolah dalam memperkukuhkan program pendidikan akhlak di masa hadapan.