Persamaan antara ajaran Bible dan ajaran al-Quran: Analisis tekstual terhadap beberapa isu
Ajaran Jesus dan ajaran Nabi Muhammad saw berasal daripada sumber yang sama iaitu Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Mereka merupakan antara rasul yang telah Allah mengutuskah ke muka bumi ini. Justeru itu, terdapat banyak persamaan antara ajaran kedua-dua rasul ini seperti yang termaktu...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Sultan Zainal Abidin
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43265/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43265/ https://doi.org/10.37231/mjis.2024.8.1.273 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Ajaran Jesus dan ajaran Nabi Muhammad saw berasal daripada sumber yang sama iaitu Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Mereka merupakan antara rasul yang telah Allah mengutuskah ke muka bumi ini. Justeru itu, terdapat banyak persamaan antara ajaran kedua-dua rasul ini seperti yang termaktub di dalam Bible dan Al-Quran. Kajian ini meneliti dan menganalisis persamaan-persamaan yang terdapat dalam ajaran Jesus seperti yang tercatat dalam Bible dan ajaran Nabi Muhammad saw seperti yang terdapat dalam al-Quran, dalam bidang akidah dan hukum hakam. Fokus kajian ini ialah melakukan analisis tekstual terhadap beberapa isu utama. Metodologi yang digunakan melibatkan analisis komparatif terhadap teks-teks kitab suci daripada kedua-dua agama iaitu Bible dan al-Quran, dengan menggunakan pendekatan hermeneutika untuk mengenal pasti dan membandingkan tema-tema utama serta persamaan substantif dalam kedua-dua ajaran ini. Hasil kajian ini mendedahkan keselarasan dalam bidang akidah, iaitu setiap rasul utusan Allah membawa akidah tauhid dan hukum hakam yang perlu diikuti dalam ajaran kedua-dua kitab suci, memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang titik-titik persamaan dalam ajaran Jesus dan ajaran Nabi Muhammad saw. Kajian ini diharapkan dapat memberikan penjelasan yang lebih mendalam mengenai keselarasan yang ada antara ajaran Jesus dengan ajaran nabi Muhammad seterusnya memperkukuhkan lagi dialog antara agama dengan menekankan persamaan-persamaan asas yang ditemui. |
|---|
