Sosialisme Islam menurut Mustafa al-Siba‘i
Ideologi sosialisme lahir dalam kalangan pemikir Barat bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berteraskan keadilan sosial. Mustafa al-Siba‘i seorang pemikir muslim dari Syria juga berpandangan keadilan sosial yang ditekankan dalam konsep sosialisme sangat berkait rapat dengan ajaran Islam sehingga b...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43207/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43207/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Ideologi sosialisme lahir dalam kalangan pemikir Barat bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berteraskan keadilan sosial. Mustafa al-Siba‘i seorang pemikir muslim dari Syria juga berpandangan keadilan sosial yang ditekankan dalam konsep sosialisme sangat berkait rapat dengan ajaran Islam sehingga beliau menulis sebuah buku yang bertajuk ‘Sosialisme Islam’. Namun, Adakah idea-idea Mustafa al-Siba’i dapat diterima serta selaras dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah? Kajian ini bertujuan untuk mengkaji latar belakang pemikiran Mustafa al-Siba‘i yang membentuk idea sosialisme Islam. Kajian ini juga akan menganalisis perbandingan pemikiran sosialisme Islam dengan konsep kemasyarakatan Islam. Pengumpulan data dijalankan dengan mengumpul karya Mustafa al-Siba‘i yang berkaitan sistem kemasyarakatan dan idea sosialisme beliau. Manakala, data akan dianalisis menggunakan kaedah analisis persejarahan dan analisis kandungan terhadap karya beliau. Hasil kajian menunjukkan bahawa Mustafa al-Siba‘i merupakan seorang sarjana Islam yang komited dalam bidang sosial dan kemasyarakatan. Beliau memperkenalkan idea sosialisme Islam untuk mengimbangi keadilan sosial yang meliputi hak-hak individu dan masyarakat. Idea sosialime Islam beliau juga tidak bertentangan dengan dasar dan prinsip ajaran Islam. |
|---|
