Pengaruh metakognisi terhadap efikasi guru dalam kalangan guru di sekolah menengah pedalaman Sabah

Kajian ini dibuat untuk menentukan kekuatan pengaruh metakognisi ke atas efikasi guru dalam kalangan guru-guru di sebuah sekolah menengah pedalaman Sabah. Dengan menggunakan reka bentuk persampelan bertujuan, seramai 36 orang responden terlibat dalam kajian ini. Data dikutip dengan menggunakan instr...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Haidi Entoh, Mohd Rizal Lakim, Mohd Khairuddin Abdullah @Jerry Abdullah
Format: Proceedings
Language:en
Published: Faculty of Education and Sports Studies, Universiti Malaysia Sabah 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43161/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43161/
https://drive.google.com/file/d/1CSwIo8evSfdxbUUhOTchVX9wlEv7DIC0/view?pli=1
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dibuat untuk menentukan kekuatan pengaruh metakognisi ke atas efikasi guru dalam kalangan guru-guru di sebuah sekolah menengah pedalaman Sabah. Dengan menggunakan reka bentuk persampelan bertujuan, seramai 36 orang responden terlibat dalam kajian ini. Data dikutip dengan menggunakan instrumen soal selidik “Metacognitive Awareness Inventory For Teacher (MAIT)” 24 items oleh Cem Balcikanli, yang diadaptasikan dari “Metacognitive Awareness Inventory (MAI”) yang dibina oleh Schraw & Denilson dengan alpha .913 dan “Teachers’ Sense Of Efficacy Scale” 12 item yang dibina oleh Tschannen-Moran,M., Woolfolk Hoy,A dengan alpha .972. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min bagi “MAIT” adalah 4.13 dan “TSES” ialah 6.95. Untuk enam dimensi dalam “MAIT”, min bagi Pengetahuan Perisytiharan (4.23), Pengetahuan Prosedur (4.09), Pengetahuan bersyarat (4.10), Perancangan (4.09), Pemantauan (4.10) dan Penilaian (4.15). Keputusan bagi ujian ANOVA (sehala) mendapati bahawa metakognisi tidak memberikan kesan yang signifikan ( f = 1.166 , p = .391 ) kepada efikasi guru. Namun begitu Ujian regresi menunjukkan terdapat sumbangan nilai peramal yang signifikan ( F = 4.788 , p = .002) dimensi metakognisi terhadap efikasi guru. Implikasi kajian juga telah dibincangkan.