Seni bercerita, seni nyanyian dan seni lakonan dalam pengajaran bahasa melayu berdasarkan aspek fungsi dan implikasi: satu kajian di Sabah
Kertas konsep ini adalah perihal kemahiran lisan yang dikaitkan melalui prinsip elemen seni bahasa iaitu seni bercerita, seni lakonan dan seni nyanyian dalam pengajaran bahasa melayu berdasarkan aspek fungsi dan implikasi sekolah rendah di sabah. Ini bertujuan untuk mengkaji fungsi dan implikasi sen...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Proceedings |
| Language: | en |
| Published: |
Faculty of Education and Sports Studies, Universiti Malaysia Sabah
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43155/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43155/ https://drive.google.com/file/d/1CSwIo8evSfdxbUUhOTchVX9wlEv7DIC0/view?pli=1 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kertas konsep ini adalah perihal kemahiran lisan yang dikaitkan melalui prinsip elemen seni bahasa iaitu seni bercerita, seni lakonan dan seni nyanyian dalam pengajaran bahasa melayu berdasarkan aspek fungsi dan implikasi sekolah rendah di sabah. Ini bertujuan untuk mengkaji fungsi dan implikasi seni bercerita, seni nyanyian dan seni lakonan dalam pengajaran bahasa melayu. Masalah yang sering dihadapi iaitu guru kurang berpengetahuan terhadap bidang pedagogi pengajaran bahasa melayu. Pemilihan responden secara bertujuan terdiri daripada enam orang guru yang mengajar bahasa melayu sekolah rendah di sabah. Pendekatan kajian kualitatif ini menggunakan kaedah fenomenomologi bagi membolehkan pengkaji menyelami dunia konseptual para responden secara mendalam di sebalik pengertian seni bercerita, seni lakonan dan seni nyanyian yang dikembangkan oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Teknik pengumpulan data dilaksanakan dengan cara pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual secara mendalam. Sehubungan itu, guru-guru bahasa melayu dijangka memperolehi pengetahuan baru dalam bahasa melayu. Implikasinya, guru-guru berpengetahuan tinggi dalam bidang pedagogi melalui penerapan seni bercerita, seni lakonan dan seni nyanyian yang tepat berdasarkan teori kreativiti dan model pedagogi terbeza. |
|---|
