Pengaruh kecerdasan emosi terhadap kawalan kendiri pelajar sekolah menengah luar bandar Sabah
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengaruh kecerdasan emosi terhadap kawalan kendiri pelajar sekolah menengah di kawasan luar bandar Sabah. Kecerdasan Emosi di dalam penulisan ini merujuk kepada kajian tinjauan terhadap kecerdasan emosi yang dialami oleh para pelajar yan...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Proceedings |
| Language: | en |
| Published: |
Faculty of Education and Sports Studies, Universiti Malaysia Sabah
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43150/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43150/ https://drive.google.com/file/d/1CSwIo8evSfdxbUUhOTchVX9wlEv7DIC0/view?pli=1 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengaruh kecerdasan emosi terhadap kawalan kendiri pelajar sekolah menengah di kawasan luar bandar Sabah. Kecerdasan Emosi di dalam penulisan ini merujuk kepada kajian tinjauan terhadap kecerdasan emosi yang dialami oleh para pelajar yang diukur menggunakan Goleman Emotional Scale (GES). Sementara Kawalan Kendiri diukur menggunakan Self Control Scale (SCS). Tinjauan terhadap Kecerdasan Emosi ini dilakukan terhadap responden kajian seramai 44 orang menggunakan persampelan rawak mudah. Pelajar ini dikenal pasti sebagai responden berdasarkan rekod pendaftaran di sekolah menengah terpilih. Bagi tujuan analisis data, Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) telah digunakan untuk memproses dapatan data kajian. Hasil kajian menunjukkan wujud pengaruh yang signifikan dimensi kecerdasan emosi Kecekapan Peribadi, Kecekapan Sosial, Kesedaran Kendiri, Regulasi Kendiri, Motivasi Kendiri, Empati dan Kemahiran Sosial dengan Kawalan Kendiri. Dapatan ini sangat penting kerana ia secara langsung membantu di dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama ia dapat mewujudkan pelajar yang lebih baik khususnya dalam aspek perkembangan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI) selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. |
|---|
