Pertembungan awal Islam dan Kristian dalam pentas politik Sabah, 1946-1975: genesis dan sintesis
Kertas kerdil ini bertujuan menggarap dua tema utama. Pertama, perkembangan pelbagai pertubuhan bercorak keislaman dan kesedaran awal politik Islam pasca-1946. Kedua, pergolakan dan persaingan antara Islam-Kristian dalam kerangka politik kepartian pasca-1960 di Sabah. Kedua-dua tema ini saling berka...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Proceedings |
| Language: | en |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial, UIS
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43114/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43114/ https://conference.uis.edu.my/pasak/eprosiding/e-prosiding-pasak9-2024 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kertas kerdil ini bertujuan menggarap dua tema utama. Pertama, perkembangan pelbagai pertubuhan bercorak keislaman dan kesedaran awal politik Islam pasca-1946. Kedua, pergolakan dan persaingan antara Islam-Kristian dalam kerangka politik kepartian pasca-1960 di Sabah. Kedua-dua tema ini saling berkaitan dan berkesinambungan dalam pentas sejarah politik dan agama di negeri ini. Meskipun pertembungan ini ada kalanya menimbulkan ketegangan dalam perkembangan politik, namun ia tidak pernah mengakibatkan tercetusnya rusuhan agama, politik dan kaum di Sabah dalam tempoh tersebut. Mengapa? Masyarakat majmuk di negeri ini tetap mengutamakan harmonisme kaum dan agama berbanding konflik politik kepartian yang berbentuk dikotominasi perkauman dan keagamaan. Malah, mereka sangat menyedari bahaya di sebalik pempolitikkan agama, sekalipun konflik agama dan politik amat sukar dinafikan pengaruhnya dalam sistem dan amalan demokrasi. Dengan menyedari batasan dalam berpolitik – bukan semua perkara boleh dipolitikkan sewenangnya – dan senstiviti keagamaan, keharmonian politik dan sosial dapat dilestarikan di Sabah. Akar keharmonian ini telah terpateri dalam sejarah Sabah sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia lagi sekali gus menunjukkan betapa pentingnya kesederhanaan (bukannya ekstremisme) dalam berpolitik serta sikap politik yang sentiasa terkawal daripada pengaruh nafsu liar dalam politik kepartian. |
|---|
