Panglima Muhammad Salleh dan Syarif Osman: Islam, jihad dan patriotik
Kertas ini bertujuan mencungkil kedudukan Islam yang terselip di sebalik roh dan perjuangan Panglima Muhammad Salleh dan Syarif Osman ketika menentang regim kolonial Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Tema ini sangat diabaikan dalam wacana ilmiah, khasnya mengenai gerakan dan kebangkit...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Proceedings |
| Language: | en |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial, UIS
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43112/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43112/ https://conference.uis.edu.my/pasak/eprosiding/e-prosiding-pasak9-2024 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kertas ini bertujuan mencungkil kedudukan Islam yang terselip di sebalik roh dan perjuangan Panglima Muhammad Salleh dan Syarif Osman ketika menentang regim kolonial Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Tema ini sangat diabaikan dalam wacana ilmiah, khasnya mengenai gerakan dan kebangkitan antikolonialisme. Perlu ditegaskan, SBBUB merupakan ejen penjajah British di Sabah. Persoalannya, di manakah kedudukan Islam yang memainkan peranan vitalistik secara implisit dalam perjuangan kedua-dua tokoh patriot ini? Kebenaran ini tidak akan dapat dijejaki andai para sejarawan zaman nasional hanya terpaku dengan kulit sejarah sahaja atau terpana dengan permukaan sejarah semata-mata. Untuk membuktikannya, kita harus memahami inti sari yang tersirat di sebalik proses kesejarahan ini dengan lebih teliti demi membongkar dan menyelongkar kebenaran sejarah. Harus diingat, sejarah yang ditulis pada zaman penjajahan ialah sejarah penjajah – sejarah yang ditulis mengikut motif, acuan dan kepentingan penjajah. Justeru, kita sewajarnya lebih berwaspada dan kritis terhadap propaganda lihai dan licik yang terhunus di sebalik karya sarjana penjajah. Mengapa? Merekalah yang menulis sejarah bangsa dan nusa yang dijajah selama ratusan tahun. Dari perspektif dan kesedaran inilah, kita harus menilai semula sejarah yang telah ditulis oleh sarjana penjajah. |
|---|
