Media intrinsik dan intimidasi maklumat: fitnah dan fabrikasi
Kertas ini bertujuan mencerakin bahaya (nyata mahupun halus) di sebalik perkembangan media internet yang mulai menular secara perlahan-lahan di Malaysia sejak pertengahan 1990-an. Ketika itu, Malaysia sedang berpesta dengan propaganda kepentingan teknologi maklumat secara masif sehinggalah tertubuhn...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Proceedings |
| Language: | en |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial, UIS
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43110/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43110/ https://conference.uis.edu.my/pasak/eprosiding/e-prosiding-pasak9-2024 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kertas ini bertujuan mencerakin bahaya (nyata mahupun halus) di sebalik perkembangan media internet yang mulai menular secara perlahan-lahan di Malaysia sejak pertengahan 1990-an. Ketika itu, Malaysia sedang berpesta dengan propaganda kepentingan teknologi maklumat secara masif sehinggalah tertubuhnya program dan fakulti teknologi maklumat di universiti awam. Sambutan rakyat terhadap teknologi maklumat juga kelihatan sangat mengujakan hasil daripada keberkesanan kempen kontinuitif pihak kerajaan. Persoalannya, apakah rakyat Malaysia sudah bersedia untuk mendepani cabaran mancadimensi akibat daripada ledakan maklumat (sahih dan palsu) atau mereka sekadar menjadi pengguna sontoloyo teknologi maklumat semata-mata. Setakat manakah mereka mampu berperanan sebagai penguna rasional, selektif dan konstruktif? Kajian ini dilakukan dengan pendekatan analisis kritis terhadap pelbagai bentuk maklumat yang diserantakan secara meluas (tanpa sekatan) menerusi media internet sejak pertengahan kedua 1990-an, dengan memberikan tumpuan khas terhadap isu-isu semasa nasional dan global (politik, ekonomi dan sosial). Hasil kajian ini menegaskan bahaya media internet terhadap pemikiran dan sikap pengguna menjadi lebih buruk dan semakin buruk kerana fitnah dalam pelbagai bentuk dan caranya telah tersebar dengan liar (tanpa batasan dan tapisan) menerusi media internet. |
|---|
