Konsep madani golongan cerpenis: satu tinjauan antologi cerpen sebuah rumah dan naratif tanah air

Sejak pengumuman rasmi pelancaran gagasan Malaysia Madani pada 19 Januari 2023 di Putrajaya oleh Perdana Menteri yang ke-10, YBhg. Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa semua sektor dari kewangan, ekonomi, pendidikan, perundangan dan perubatan ke arah telah berebut mengubah mengikut dasar yang berlandask...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sim, Susan Chee Cheang, Fatin N., Nor Suhaila Sulaiman
Format: Proceedings
Language:en
Published: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43049/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43049/
https://upc.ums.edu.my/event/49/attachments/27/279/E-Prosiding%20PASTIK24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejak pengumuman rasmi pelancaran gagasan Malaysia Madani pada 19 Januari 2023 di Putrajaya oleh Perdana Menteri yang ke-10, YBhg. Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa semua sektor dari kewangan, ekonomi, pendidikan, perundangan dan perubatan ke arah telah berebut mengubah mengikut dasar yang berlandaskan 6 perkara iaitu kesejahteraan (wellbeing), kemampanan (sustainability), daya cipta (creativity), hormat (respect), keyakinan (confidence) dan ihsan (courtesy) atau SCRIPT. Justeru, tidak dapat dinafikan sastera turut menjadi medan maklumbalas masyarakat terhadap perubahan di sekeliling dan juga dalam sanubari mereka dalam menentukan kualiti kehidupan seseorang. Cerpen-cerpen yang dihasilkan oleh penulis prolofik seperti Hafizah Isnazid, Lokman Hakim, Nazri Hussein, Ruhaini Matdarin dan Salina Ibrahim dalam antologi Sebuah Rumah dan Naratif Tanah Air (2023) menjadi alat yang menyuarakan pendirian, perasaan, harapan, kesalan serta kesahan individu-individu tersebut yang direka oleh pengarang pelbagai latar seperti penulis professional, guru, jurutera dan penyunting. Kajian ini menggunakan metodologi analisis tekstual atas 9 buah cerpen terpilih dengan berfokus pada analisis kontekstul dan tematik yang terkandung dalam setiap cerpen berlandaskan 6 perkara dalam konsep Madani. Hasil kajian ini diharapkan akan dirakam sebagai satu rujukan atau maklumbalas masyarakat umum kepada pentadbir terhadap konsep Madani dan harapan bangsa kerajaan Madani.