Semakan semula manuskrip Arab-Melayu koleksi Perpustakaan Negara Malaysia [Review of the Arabic-Malay manuscripts collection of the National Library of Malaysia]
Manuskrip Melayu merupakan tinggalan sejarah Asia Tenggara yang sangat bernilai. Antara genrenya ialah kitab berbahasa Arab yang mencerminkan pemikiran dan tradisi beragama masyarakat Islam di Nusantara. Tetapi disebabkan masalah definisi manuskrip Melayu dan ketiadaan syarat khusus berkaitan pengua...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Bitara
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42985/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42985/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Manuskrip Melayu merupakan tinggalan sejarah Asia Tenggara yang sangat bernilai. Antara genrenya ialah kitab berbahasa Arab yang mencerminkan pemikiran dan tradisi beragama masyarakat Islam di Nusantara. Tetapi disebabkan masalah definisi manuskrip Melayu dan ketiadaan syarat khusus berkaitan penguasaan bahasa-bahasa berkaitan untuk mereka yang terlibat mendokumentasi manuskrip Arab-Melayu, lantas telah mengakibatkan beberapa kelemahan kepada Katalog Manuskrip Melayu Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia, khususnya terbitan tahun 2000. MSS 2257 diambil sebagai contoh bagi membuktikan kelemahan ini. Berdasarkan bacaan semula MSS 2257, didapati ia merupakan manuskrip miscellany yang mengandungi 12 judul kitab. Ternyata salah sebuah kitab bahasa Arab dalam kumpulan ini milik Shamsuddin al-Sumatra’i, yang terlepas pandang oleh sebab polisi mengesampingkan manuskrip bahasa selain Melayu. Ketiadaan syarat penguasaan bahasa yang berkaitan juga menyebabkan katalog manuskrip Melayu (2000) menggunakan laras umum yang akhirnya mengakibatkan kekeliruan pengguna semasa mencari maklumat. Kajian mencadangkan agar masalah seperti diselesaikan segera supaya akibatnya tidak berterusan dan pengajian manuskrip Melayu boleh berjalan dengan lancar di masa-masa akan datang. |
|---|
