Komponen kecintaan dalam pembinaan negara bangsa berteraskan pendidikan karakter melalui pendidikan sejarah di Malaysia
Pendidikan sejarah dan pendidikan karakter saling berkaitan dalam usaha membentuk individu yang bersemangat patriotisme dan berakhlak mulia. Pendidikan sejarah menyediakan konteks untuk memahami nilai-nilai seperti keberanian, keadilan, dan tanggungjawab, manakala pendidikan karakter mengukuhkan nil...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42936/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42936/ https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i8.2956 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pendidikan sejarah dan pendidikan karakter saling berkaitan dalam usaha membentuk individu yang bersemangat patriotisme dan berakhlak mulia. Pendidikan sejarah menyediakan konteks untuk memahami nilai-nilai seperti keberanian, keadilan, dan tanggungjawab, manakala pendidikan karakter mengukuhkan nilai-nilai ini melalui penghayatan dan amalan harian. Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan, cadangan dan kesepakatan pakar terhadap keperluan komponen kecintaan dalam pembinaan negara bangsa berteraskan pendidikan karakter melalui pendidikan sejarah di Malaysia menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi (FDM). Pelaksanaan kajian ini melibatkan 13 orang pakar dalam bidang pendidikan sejarah. Kesemua pakar dikehendaki untuk menjawab soal selidik kajian berkenaan komponen kecintaan. Maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan penomboran segi tiga Fuzzy (Triangular Fuzzy Numbers) dan turutan (ranking) setiap item atau elemen kecintaan diperoleh menerusi Defuzzification Process. Analisis kaedah Fuzzy Delphi menunjukkan maklum balas kumpulan pakar terhadap komponen kecintaan berada pada tahap yang baik, iaitu dengan peratus kesepakatan bermula daripada 70% sehingga 90%. Dapatan kajian mendapati semua lapan item kecintaan telah diterima oleh pakar. Dapatan kajian yang diperoleh diyakini dapat membantu pengkaji terhadap kepentingan komponen kecintaan dalam pembinaan negara bangsa berteraskan pendidikan karakter melalui pendidikan sejarah di Malaysia. |
|---|
