Pandemik covid-19 dan golongan B40 di Malaysia: kajian terhadap impak dan strategi (2020-2021)
Pandemik COVID-19 telah membawa cabaran besar kepada golongan B40 di Malaysia, terutamanya dalam konteks kenaikan harga bekalan makanan. Golongan ini, yang secara tradisinya paling rentan terhadap perubahan ekonomi, menghadapi kesukaran yang luar biasa apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42684/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42684/ https://doi.org/10.51200/ejk.v30i.5672 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pandemik COVID-19 telah membawa cabaran besar kepada golongan B40 di Malaysia, terutamanya dalam konteks kenaikan harga bekalan makanan. Golongan ini, yang secara tradisinya paling rentan terhadap perubahan ekonomi, menghadapi kesukaran yang luar biasa apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan virus. Penutupan sektor-sektor ekonomi yang kritikal menyebabkan ramai daripada golongan B40 kehilangan punca pendapatan utama mereka, yang seterusnya menjejaskan kebolehmampuan mereka untuk menyediakan makanan yang mencukupi dan berkhasiat bagi keluarga mereka. Kertas kerja ini bertujuan untuk menilai impak kenaikan harga makanan akibat pandemik terhadap golongan B40 serta menilai keberkesanan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu mereka mengatasi cabaran ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen sebagai metodologi utama, merujuk kepada artikel-artikel dan kajian terdahulu yang relevan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa meskipun langkah-langkah seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana Kerjaya) memberikan bantuan sementara, ia tidak mencukupi untuk menangani cabaran jangka panjang yang dihadapi oleh golongan B40. Kenaikan harga makanan yang lebih cepat daripada peningkatan pendapatan telah menyebabkan golongan ini terpaksa mengorbankan kualiti pemakanan, yang boleh membawa kepada masalah kesihatan jangka panjang. Kajian ini menegaskan keperluan untuk strategi yang lebih berkesan dan berkelanjutan bagi memastikan golongan B40 tidak terus terpinggir dalam menghadapi cabaran sosioekonomi pasca-pandemik. |
|---|
