Ketokohan Zakaria Gunn dalam pembangunan masyarakat sabah: membenam kejumudan, membangun semangat pencerahan

Telusuran terhadap historiografi nasional menyaksikan pendokumentasian pengalaman bersifat kebangsaan dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah lama diaplikasikan agar matlamat menghadirkan “historiografi nasional” sebagai wacana tandingan kepada “historiografi kolonial” dapat direalisasikan. Walau b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Eko Prayitno Joko, Md. Saffie Abdul, Nordi Achie
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit UMS 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42664/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42664/
https://doi.org/10.51200/manu.v1i1.5833
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Telusuran terhadap historiografi nasional menyaksikan pendokumentasian pengalaman bersifat kebangsaan dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah lama diaplikasikan agar matlamat menghadirkan “historiografi nasional” sebagai wacana tandingan kepada “historiografi kolonial” dapat direalisasikan. Walau bagaimanapun, kecenderungan tersebut tidak bersifat meluas kerana budaya penulisan biografi lebih banyak dipraktikan dalam kehidupan masyarakat di Semenanjung, sekaligus mempengaruhi pemaknaan “historiografi nasional” yang lebih berorientasikan “semenanjung centrik” atau “Melayu centrik”. Perkara ini perlu “difikirulang” memandangkan “historiografi nasional” adalah mengenai idea keseluruhan bangsa Malaysia yang seharusnya tidak dibatasi oleh pemisahan wilayah, pembangunan fizikal dan juga ideologi politik. Justeru, saintis sosial dan kemanusiaan di Malaysia bukan sahaja perlu memperluaskan tema penulisan dan pengaplikasian metod pengkajian, tetapi juga wilayah penelitian agar “historiografi nasional” yang disebarluaskan kepada bangsa Malaysia adalah “demokratik” sifatnya. Atas sebab itu, penulisan “sejarah dari bawah” perlu digerakkan bagi mengimbangi pendokumentasian “sejarah dari atas” manakala pemaparan “sejarah orang-orang besar” boleh dilengkapkan dengan mengetengahkan “sejarah orang biasa”. Begitu pula dengan pemusatan kepada penggunaan sumber dokumen sebagai paksi penulisan sejarah wajib diimbangi dengan pengaplikasian metod sejarah lisan yang dilihat lebih manusiawi dan mampu berfungsi menghadirkan semangat pembebasan dalam konteks “historiografi nasional”.