Luangan: manifestasi warisan budaya dan simbol kemeriahan dalam pesta babulang masyarakat Bisaya di Limbang, Sarawak

Pesta Babulang Bisaya yang berlangsung di Limbang, Sarawak, adalah manifestasi budaya yang kaya dengan keindahan estetika serta warisan etnografi yang mencerminkan identiti masyarakat Bisaya. Kain rentang tradisional yang dikenali sebagai luangan menjadi salah satu elemen budaya yang terpenting, sar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Alvin Sapun, Musnin Misdih, Humin Jusilin
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42589/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42589/
https://doi.org/10.51200/ga.v14iEdisi%20Khas.5791
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pesta Babulang Bisaya yang berlangsung di Limbang, Sarawak, adalah manifestasi budaya yang kaya dengan keindahan estetika serta warisan etnografi yang mencerminkan identiti masyarakat Bisaya. Kain rentang tradisional yang dikenali sebagai luangan menjadi salah satu elemen budaya yang terpenting, sarat dengan simbolisme dan nilai tradisi yang mendalam. Terdapat pelbagai jenis luangan, antaranya badal-badal, rawai-rawai, dan jaujadar, yang masing-masing membawa makna tersendiri dan digunakan dalam pelbagai acara seperti perkahwinan, makan doa salamat, upacara ritual tamarok belian, serta pesta kebudayaan Babulang. Kajian etnografi yang dilakukan di perkampungan Bisaya di Limbang menumpukan pada analisis motif dan ragam hias yang terkandung dalam kain luangan, di mana elemenelemen ini dilihat sebagai simbol budaya dan menjadi penanda identiti kelompok etnik ini. Melalui kaedah kajian kualitatif yang melibatkan pemerhatian langsung, temu bual, dan rakaman audio-visual, penyelidik dapat merungkai simbolisme di sebalik motif-motif tersebut yang menghubungkan masyarakat Bisaya dengan persekitaran semula jadi mereka. Pengaruh alam sekitar jelas terpancar dalam pemilihan warna, bentuk, dan tekstur kain, menunjukkan hubungan simbiotik antara budaya dan alam. Kain rentang ini tidak hanya berfungsi sebagai hiasan, tetapi juga sebagai alat untuk memperkukuhkan identiti etnik dan memperkasa kedudukan masyarakat Bisaya dalam peta budaya Malaysia yang lebih besar. Justeru, kajian mengenai luangan ini bukan sahaja memberikan sumbangan penting terhadap pemahaman kita mengenai estetika dan budaya masyarakat Bisaya, malah memperkaya wacana antropologi budaya, khususnya dalam konteks masyarakat pribumi di Malaysia.