Hala tuju pendidikan tinggi islam dalam memacu transformasi Malaysia madani

Pendidikan tinggi Islam memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara madani. Konsep Malaysia Madani menekankan pembangunan yang inklusif, berasaskan nilai-nilai moral dan etika yang tinggi serta menjadikan keadilan sosial dan integriti sebagai teras utama. Dalam konteks...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nasrun Mohd Talib, Mohd Hafizi Nurodin, Jamal Adli Ahmad Shukri, Ahmad Nur Amsyar Zainal, Ahmad Azharuddin Abdul Sattar, Saifulazry Mokhtar
Format: Article
Language:en
en
Published: International Journal Of Modern Education (IJMOE) 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41982/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41982/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41982/
https://doi.org/10.35631/IJMOE.622018
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan tinggi Islam memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara madani. Konsep Malaysia Madani menekankan pembangunan yang inklusif, berasaskan nilai-nilai moral dan etika yang tinggi serta menjadikan keadilan sosial dan integriti sebagai teras utama. Dalam konteks yang membincangkan tentang pendidikan, pendidikan tinggi Islam perlu dirangka dengan strategi yang bukan sahaja memperkukuhkan pengetahuan agama tetapi juga membekalkan kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Transformasi teknologi terkini iaitu Artificial Intelligence (kecerdasan buatan) AI yang semakin canggih telah diterapkan ke dalam semua aspek keperluan kehidupan termasuklah Pendidikan digunakan di saentero dunia. Bertunjangkan arus pembangunan, Pendidikan Tinggi Islam perlu melakukan penerapan tranformasi bagi melestarikan Pendidikan Negara terus relevan sesuai dengan arus kemajuan terkini bagi melahirkan masyarakat madani. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan adalah untuk meninjau dan menganalisis hala tuju Pendidikan Tinggi Islam dalam memacu Transformasi Malaysia Madani dengan berpandukan perbincangan kajian lepas terhadap peranan dan kepentingan Pendidikan Tinggi Islam kepada pembangunan negara. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif iaitu menerusi pendekatan analisis dokumen dan kajian yang berkaitan dengan hala tuju Pendidikan Tinggi Islam dalam memacu Transformasi Malaysia Madani. Hasil kajian mendapati peranan Pendidikan Tinggi Islam sangat diperlukan dalam memacu Malaysia Madani masakini. Selain itu, kajian ini juga mendapati Pendidikan Tinggi Islam sangat berkait rapat dengan Teknologi AI serta membincangkan isu dan cabaran dihadapi oleh Pendidikan Tinggi Islam dalam merealisasikan Malaysia Madani. Kajian ini mengharapkan agar pembentukan Malaysia Madani perlu selaras dan sejajar dengan penerapan objektif Pendidikan Tinggi Islam.