Patriotisme bahasa dan bahasa patriotik: kontraversi, kontroversi dan kontradiksi

Kertas ini menggarisbawahi tiga objektif. Pertama, meluruskan kekeliruan dan kekaburan mengenai konsep bahasa kebangsaan. Kedua, mendedahkan kelemahan dasar pendidikan kebangsaan pasca-13 Mei 1969. Ketiga, mengajukan kritikan selektif terhadap konsepsi mengenai bangsa Malaysia. Kesemua objektif ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nordi Achie
Format: Proceedings
Language:en
en
Published: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Universiti Malaysia Sabah 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41742/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41742/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41742/
https://ppibums.my.canva.site/iclalis2024#home
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas ini menggarisbawahi tiga objektif. Pertama, meluruskan kekeliruan dan kekaburan mengenai konsep bahasa kebangsaan. Kedua, mendedahkan kelemahan dasar pendidikan kebangsaan pasca-13 Mei 1969. Ketiga, mengajukan kritikan selektif terhadap konsepsi mengenai bangsa Malaysia. Kesemua objektif ini bertaut dengan gagasan pembentukan bangsa Malaysia yang sentiasa menarik minat dan perhatian para sarjana, khasnya sejarawan, linguistikologis dan saintis politik. Penulis akan mencerakin topik ini dengan menggunakan pendekatan kritikan kesejarahan, di samping menujahkan tuas kritikan berlunaskan falsafah dan disiplin ilmu sejarah, tanpa terikat dengan teori sains sosial, linguistik dan data kuantitatif. Menerusi bahagian tertentu, ikuti kupasan berikutnya, penulis akan berhujah dengan data primer dan pengalaman empirikal ketika berdepan dengan realiti pemikiran mahasiswa dan mahasiswi universiti. Hasil wacana kerdil ini menegaskan (i)dasar dan sistem pendidikan Malaysia sehingga kini masih berada di atas landasan yang salah iaitu bersifat kolonial dan rasial, (ii)pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan terus diabaikan, namun berkecamuk dengan budaya rencehan yang merancukan identiti nasional dan (iii)pemikiran politikus dan rakyat Malaysia masih dijajah (neokolonialisme) selagi mereka masih berkiblatkan kuasa penjajah Barat. Jasad merdeka, jiwa terpenjara.