Fiqh Sabahi: ramuan, resipi dan resapan

Firman Allah SWT: “Inilah ayat-ayat kitab [al-Quran] yang mengandungi hikmah dan kebenaran yang tetap kukuh. Menjadi hidayah dan rahmat bagi orang yang mengerjakan amalan kebaikan” (Luqman: 2-3). Apakah Fiqh Sabahi? Fiqh Sabahi ialah kefahaman mengenai Sabah yang dicerapi berlunaskan perspektif kesa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nordi Achie
Format: Proceedings
Language:en
en
Published: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,Universiti Malaysia Sabah 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41717/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41717/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41717/
https://oer.ums.edu.my/handle/oer_source_files/2231
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Firman Allah SWT: “Inilah ayat-ayat kitab [al-Quran] yang mengandungi hikmah dan kebenaran yang tetap kukuh. Menjadi hidayah dan rahmat bagi orang yang mengerjakan amalan kebaikan” (Luqman: 2-3). Apakah Fiqh Sabahi? Fiqh Sabahi ialah kefahaman mengenai Sabah yang dicerapi berlunaskan perspektif kesabahan demi kemaslahatan rakyat dan negeri Sabah. Menerusi kertas ini, Fiqh Sabahi lebih merupakan wacana keintelektualan berbanding wacana keagamaan (Islam). Justeru, memahami Fiqh Sabahi daripada gatra pemikiran rasional lebih diutamakan kerana perspektif ini dapat membebaskan pemikiran pembaca budiman daripada belitan egoisme keagamaan. Gagasan Fiqh Sabahi merupakan idea progresif dan moderatif cetusan Sahibus Samahah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah melalui lontaran siri ucap utama beliau semasa menghadiri jemputan dalam pelbagai majlis, seminar dan wacana. Setelah menekuninya, penulis terpanggil untuk mengangkat gagasan ini sebagai sumbangsih penting terhadap pembangunan holistik, progresif dan dinamik di Sabah. Dalam negeri yang majmuk (etnik, agama dan budaya) inilah, Fiqh Sabahi lebih diperlukan dan perlu diutamakan. Lantas, gagasan Fiqh Sabahi sewajarnya dimercukan sebagai matan penyelidikan ilmiah serta model kesejahteraan dan kesemakmuran Sabah.