Cabaran mualaf di Malaysia dan cadangan penyelesaian
Golongan mualaf merupakan mereka yang melalui proses perpindahan agama iaitu asalnya bukan beragama Islam lalu membuat keputusan untuk memeluk Islam. Kesan daripada proses perpindahan tersebut, golongan mualaf sering ditimpa pelbagai cabaran sebagai seseorang yang baru sahaja mendapat status ‘muslim...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en en |
| Published: |
Penerbit KUIS
2023
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41191/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41191/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41191/ https://doi.org/10.53840/jpi.v17i1.313 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Golongan mualaf merupakan mereka yang melalui proses perpindahan agama iaitu asalnya bukan beragama Islam lalu membuat keputusan untuk memeluk Islam. Kesan daripada proses perpindahan tersebut, golongan mualaf sering ditimpa pelbagai cabaran sebagai seseorang yang baru sahaja mendapat status ‘muslim’. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh golongan mualaf di Malaysia. Kajian ini akan dijalankan secara kualitatif menggunakan kajian kepustakaan untuk mengenalpasti kajian-kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan cabaran yang dihadapi oleh mualaf di pelbagai kawasan berbeza. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa cabaran utama yang dihadapi oleh golongan mualaf di seluruh Malaysia antaranya seperti proses pengislaman yang sukar, gangguan emosi dan mental, kesukaran menyesuaikan cara hidup Islam, penerimaan keluarga, persepsi masyarakat, krisis kewangan, kurang penghayatan agama, cabaran aksesibiliti, dan kekurangan tenaga pengajar tempatan. Pengkaji turut mencadangkan agar semua umat Islam mengambil cakna mengenai cabaran yang dihadapi golongan mualaf kerana mereka sangat memerlukan bimbingan dan sokongan daripada semua pihak. Dapatan kajian ini penting untuk memberi gambaran kepada semua masyakarat Islam dan agensi dakwah yang berkenaan tentang isu yang berlaku dalam kalangan mualaf agar suatu perancangan sistematik dapat dilaksanakan. |
|---|
