Perkaitan hubungan ibu bapa dan anak dengan pemakanan beremosi: regulasi emosi sebagai moderator

Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang serius dan dihadapi oleh seluruh negara. Obesiti merupakan pengumpulan lemak dalam badan secara berlebihan atau tidak normal dan boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan. Masalah obesiti ini bukan sahaja berlaku kepada golongan dewasa, malah turut be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Izzati Nazir, Agnis Sombuling
Format: Proceedings
Language:en
en
Published: Faculty of Psychology and Education, UMS 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41181/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41181/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41181/
https://sites.google.com/ums.edu.my/icicp2023/home
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang serius dan dihadapi oleh seluruh negara. Obesiti merupakan pengumpulan lemak dalam badan secara berlebihan atau tidak normal dan boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan. Masalah obesiti ini bukan sahaja berlaku kepada golongan dewasa, malah turut berlaku kepada mereka diusia remaja. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan berlakunya obesiti. Sebagai contoh gaya pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan makanan tidak sihat secara kerap dan pemakanan beremosi. Selain itu adalah faktor genetik, faktor keadaan sekeliling yang menyebabkan berlakunya masalah psikologi seperti tekanan perasaan dan kemurungan, aktiviti fizikal harian yang tidak sihat, pengambilan ubat-ubatan tertentu dan sebagainya. Lebih membimbangkan lagi, obesiti membawa kepada timbulnya masalah kesihatan yang lain seperti penyakit jantung, diabetes, pernafasan, komplikasi sendi dan tulang, kesan psikologi seperti kurang keyakinan diri dan banyak lagi. Oleh itu, objektif bagi kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti perkaitan hubungan ibu bapa dan anak dengan pemakanan beremosi, dan regulasi emosi sebagai moderator kajian.