Kebangkitan dan kejatuhan Aung San Suu Kyi di Myanmar (1988-2021): Satu analisis

Aung San Suu Kyi, lambang hak asasi manusia dan demokrasi di Myanmar, telah melalui perjalanan politik yang penuh gelora, yang memuncak semasa kepimpinannya ke atas Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD) dari tahun 2015 hingga rampasan kuasa militari pada tahun 2021. Dianugerahkan dengan Hadiah Nobel Keama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Emma Tingkas, Maureen De Silva
Format: Article
Language:en
en
Published: Quantum Journal of Social Sciences and Humanities 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40683/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40683/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40683/
https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i2.344
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aung San Suu Kyi, lambang hak asasi manusia dan demokrasi di Myanmar, telah melalui perjalanan politik yang penuh gelora, yang memuncak semasa kepimpinannya ke atas Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD) dari tahun 2015 hingga rampasan kuasa militari pada tahun 2021. Dianugerahkan dengan Hadiah Nobel Keamanan atas perjuangan tanpa kekerasan menuntut demokrasi dan hak asasi manusia, beliau telah diraikan dan dikritik dalam ukuran yang sama. Kajian kualitatif ini dengan menggunakan analisis sejarah, mengkaji legasi Aung San Suu Kyi, dengan menekankan usahanya untuk meneruskan aspirasi ayahnya, Jeneral Aung San, dan peranan pentingnya dalam arena politik Myanmar. Namun, ketidakupayaannya dalam menangani krisis Rohingya dan strateginya dalam berurusan dengan junta militari Myanmar telah menyebabkan penilaian semula terhadap kepimpinannya. Artikel ini menyumbang kepada wacana tentang Aung San Suu Kyi dengan menawarkan perspektif yang seimbang tentang pencapaiannya dan tentangan yang telah mencemarkan imejnya sebagai simbol perdamaian dan demokrasi.