Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kebimbangan Matematik Sekolah Rendah

The Modified Abbreviated Mathematics Anxiety Scale (mAMAS) merupakan satu instrumen pengukuran kebimbangan matematik bagi murid sekolah rendah. Pengadaptasian mAMAS di Malaysia menjadi keperluan bagi memudahkan pengukuran kebimbangan matematik murid sekolah rendah. Kajian melibatkan 214 murid tahun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sitti Sham Amir, Siti Rahayu Mohd Hashim, Khairuddin Abdullah @ Jerry
Format: Article
Language:en
en
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40586/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40586/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40586/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:The Modified Abbreviated Mathematics Anxiety Scale (mAMAS) merupakan satu instrumen pengukuran kebimbangan matematik bagi murid sekolah rendah. Pengadaptasian mAMAS di Malaysia menjadi keperluan bagi memudahkan pengukuran kebimbangan matematik murid sekolah rendah. Kajian melibatkan 214 murid tahun lima di tiga buah sekolah rendah di Semporna. Kaedah terjemahan hadapan dan belakang digunakan untuk menterjemah soal selidik mAMAS oleh tiga orang penterjemah hadapan dan seorang penterjemah belakang. Dua pakar bertindak menyemak kesesuaian dan kesepadanan hasil terjemahan merentasi bahasa. Melalui Confirmatory Factor Analysis (CFA) mengesahkan dapatan Carey et al. (2017) iaitu terdapat dua domain dalam mAMAS melibatkan kebimbangan pembelajaran matematik dan kebimbangan pentaksiran matematik serta sembilan item dikekalkan. Analisis kebolehpercayaan mAMAS menggunakan pekali Alfa Cronbach mendapati mAMAS berupaya mengukur kebimbangan matematik murid sekolah rendah (α=0.884) serta mengukur kebimbangan pembelajaran matematik (α=0.857) dan kebimbangan pentaksiran matematik (α=0.8126). Implikasi kajian ini dapat mengembangkan kajian melibatkan pengukuran kebimbangan matematik murid sekolah rendah di Malaysia.