Cabaran Pemuliharaan Hutan Melalui Pendekatan Penglibatan Komuniti Dan Pihak Berkepentingan Di Malaysia Dan Indonesia: Tinjauan Literatur

Hutan adalah salah satu sumber alam semula jadi yang sangat penting untuk kesejahteraan ekologi, ekonomi dan sosial manusia. Hal ini kerana hutan menyediakan produk kayu dan bukan kayu dan hutan juga menjadi penapis udara serta air yang bersih untuk kehidupan manusia. Jika hutan diuruskan mengikut p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Andreas Pingking, Rosazman Hussin
Format: Article
Language:en
en
Published: Penerbit UMS 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38632/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38632/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38632/
https://doi.org/10.51200/jobsts.v9i1.4754
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hutan adalah salah satu sumber alam semula jadi yang sangat penting untuk kesejahteraan ekologi, ekonomi dan sosial manusia. Hal ini kerana hutan menyediakan produk kayu dan bukan kayu dan hutan juga menjadi penapis udara serta air yang bersih untuk kehidupan manusia. Jika hutan diuruskan mengikut prinsip pengurusan hutan lestari, maka mengoptimumkan pelbagai fungsinya, termasuk mitigasi perubahan iklim adalah selaras sepenuhnya dengan objektif pemuliharaan hutan untuk pertumbuhan yang mampan (Broadmeadow & Carnus 2009). Namun begitu, penglibatan daripada komuniti dan pihak berkepentingan juga dianggap sangat penting terutamanya dalam proses merancang strategi dan membuat keputusan. Peranan komuniti setempat pula secara jelas adalah untuk memberikan komuniti peluang menguruskan hutan dan memberikan mereka pendidikan berkaitan pengurusan. Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk melihat cabaran yang dihadapi oleh komuniti dan pihak berkepentingan (kerajaan, NGO, Swasta) dalam pemuliharan hutan. Kajian ini juga melihat pengurusan hutan daripada negara Malaysia dan Indonesia disebabkan kedua-dua negara mempunyai landskap serta geografi yang hampir sama. Usaha yang dilaksanakan juga berpandukan kepada Sustainable Development Goals (SDG) dan matlamat yang sama iaitu menjadikan hutan sebagai kawasan yang mampan.