Menyingkap sumbangan Tun Mohd. Said Keruak dalam perkembangan politik di Sabah, Malaysia

Tun Mohd. Said Keruak merupakan anak jati negeri Sabah yang lahir di Kg. Kota Belud dan telah berkecimpung dalam arena politik di Malaysia, khususnya di negeri Sabah. Sebagai seorang watak penting dalam dunia politik di Sabah, Tun Mohd. Said Keruak telah memainkan peranan yang signifikan dalam perke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saidatul Badru Mohd. Said, Mohd. Sohaimi Esa, Ismail Ali, Saifulazry Mokhtar, Irma Wani Othman
Format: Article
Language:en
en
Published: Global Academic Excellence 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38599/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38599/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38599/
https://doi.org/10.35631/IJLGC.832020
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tun Mohd. Said Keruak merupakan anak jati negeri Sabah yang lahir di Kg. Kota Belud dan telah berkecimpung dalam arena politik di Malaysia, khususnya di negeri Sabah. Sebagai seorang watak penting dalam dunia politik di Sabah, Tun Mohd. Said Keruak telah memainkan peranan yang signifikan dalam perkembangan politik di negeri ini. Namun demikian, perbincangan tentang kesignifikanan sumbangan Tun Mohd. Said Keruak dalam perkembangan politik di Sabah masih kurang diberikan penekanan dalam kalangan sarjana tempatan mahupun antarabangsa. Ini menyebabkan pemahaman umum tentang aspek tersebut masih lemah dan berada di takuk yang tidak sewajarnya. Menyedari hakikat ini maka kertas kerja ini ditulis bagi tujuan menjelaskan tentang sumbangan Tun Mohd. Said Keruak dalam perkembangan politik di Sabah. Kaedah kualitatif iaitu melalui rujukan pelbagai sumber sekunder dan temubual dengan responden terpilih digunakan bagi mendapatkan maklumat yang dimaksudkan dengan menumpukan kepada sumbangan Tun Mohd. Said Keruak dalam perkembangan politik Sabah mengikut jalur masa sejak Tun Mohd. Said Keruak berada di Kg. Kota Belud sehinggalah beliau menduduki Istana Negeri sebagai seorang Tuan Yang Terutama (TYT). Kertas kerja ini mendapati bahawa Tun Mohd. Said Keruak sebagai seorang yang berlatar belakangkan kehidupan serta nilai budaya kampung telah menyumbang secara signifikan dalam perkembangan politik Sabah.