Domain Penentu Kelesuan Zoom Dalam Kalangan Pelajar Prasiswazah Universiti Awam
Pelajar prasiswazah tidak terkecuali menggunakan peranti digital semasa mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sewaktu pandemik COVID-19. Situasi ini telah memberi pelbagai isu terhadap fisiologi dan mental pelajar kerana peralihan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara tradisional kepad...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en en |
| Published: |
Penerbit UTM Press
2023
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37731/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37731/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37731/ https://doi.org/10.11113/sh.v15n2.1995 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pelajar prasiswazah tidak terkecuali menggunakan peranti digital semasa mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sewaktu pandemik COVID-19. Situasi ini telah memberi pelbagai isu terhadap fisiologi dan mental pelajar kerana peralihan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara tradisional kepada atas talian. Tumpuan yang terlalu lama menggunakan peranti digital dalam PdP telah mendatangkan kelesuan pada fizikal dan mental pelajar. Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan lima domain kelesuan ZOOM (umum; visual, sosial, motivasi, emosi) dalam kalangan pelajar prasiswazah (n=215). Kajian keratan rentas telah dijalankan menggunakan skala “ZOOM & Exhaustion Fatigue” (ZEF)(Fauville et al., 2021) mengandungi 15 items digunakan untuk mengutip data bagi kelesuan umum; visual, sosial, motivasi, dan emosi. kelesuan ZOOM. Analisis korelasi Pearson dilaksanakan bagi melihat hubungan bagi domain kelesuan umum; visual, sosial, motivasi, dan emosi. Hasil kajian mendapat terdapat hubungan yang kuat hingga sederhana bagi kelima-lima domain kelesuan ZOOM. Dapatan ini dapat membantu meningkatkan kesedaran kesan kelesuan ZOOM terhadap fizikal dan psikologi pelajar. Selain dari itu, kajian ini boleh membantu untuk memperkenalkan langkah-langkah bagi membuat penyesuaian menjalani PdP atas talian dalam kalangan pelajar. |
|---|
