Sokongan sosial dalam kalangan pelajar kaunseling di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap sokongan sosial dalam kalangan pelajar kaunseling di tujuh buah universiti awam di Malaysia (N = 299). Dapatan kajian menunjukkan skor min sokongan sosial pelajar kaunseling adalah tinggi iaitu 5.34 (SP = 1.41). Sokongan sosial daripada aspek keluarga menunj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Eng, Su Yin, Guan, Teik Ee, Murnizam Halik
Format: Article
Language:en
en
Published: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE) 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36226/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36226/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36226/
https://doi.org/10.35631/IJEPC.849016
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap sokongan sosial dalam kalangan pelajar kaunseling di tujuh buah universiti awam di Malaysia (N = 299). Dapatan kajian menunjukkan skor min sokongan sosial pelajar kaunseling adalah tinggi iaitu 5.34 (SP = 1.41). Sokongan sosial daripada aspek keluarga menunjukkan skor yang lebih tinggi berbanding dengan aspek rakan-rakan dan aspek orang yang signifikan. Pernyataan yang paling dipersetujui oleh peserta dalam aspek sokongan sosial adalah item 3 “Keluarga saya benar-benar cuba membantu saya,” disetujui oleh 41.8% peserta. Manakala pernyataan kedua yang paling dipersetujui ada dua iaitu, item 4 "Saya dapat bantuan emosi dan sokongan yang saya perlukan daripada keluarga saya," dan item 11 "Keluarga saya bersedia membantu saya dalam membuat keputusan,' ditanda oleh 35.1% orang peserta. Ini menunjukkan sokongan dari keluarga merupakan sokongan sosial utama pelajar kaunseling di Malaysia. Sokongan sosial daripada ahli keluarga adalah sumber yang sentiasa menyediakan bantuan semasa krisis. Bagi perbezaan sokongan sosial antara jantina pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan sokongan sosial antara jantina t(297)= 2.42, p>.05. Dapatan ini menunjukkan kedua-dua jantina adalah sama dalam sokongan sosial semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Dapatan-dapatan kajian ini diharapkan boleh membantu pihakpihak yang berkenaan seperti penggubal dasar pendidikan atau pihak institusi pengajian tinggi untuk menyediakan program-program yang bersesuaian bagi menjalinkan hubungan sokongan sosial terutamanya dari segi keluarga. Ini kerana kajian ini menunjukkan aspek keluarga merupakan aspek yang paling penting dalam sokongan sosial pelajar.