Kefungsian Keluarga Dan Pengherotan Kognitif Dalam Kalangan Klien Di PUSPEN Papar, Sabah

Kefungsian keluarga dan pengherotan kognitif memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang penagih dadah. Kajian dalam kalangan klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefungsian keluarga dan pengherotan kognitif serta hubungan anta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yogesvaran Muniandy, Guan, Teik Ee, Jusiah Indang
Format: Article
Language:en
en
Published: Penyelidikan AADK 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35863/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35863/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35863/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kefungsian keluarga dan pengherotan kognitif memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang penagih dadah. Kajian dalam kalangan klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefungsian keluarga dan pengherotan kognitif serta hubungan antara kedua pemboleh ubah ini. Perbezaan antara umur, agama dan bangsa bagi kedua-dua pemboleh ubah tersebut juga dikaji. Kajian kuantitatif ini melibatkan sampel kajian sebanyak 208 responden dari PUSPEN Papar. Instrumen yang digunakan adalah Malaysian Family Functioning Scale (MFFS) bagi mengukur kefungsian keluarga manakala Cognitive Distortion Scale (CDS) bagi mengukur pengherotan kognitif. Hasil kajian menunjukkan tahap kefungsian keluarga dalam kalangan klien PUSPEN adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu mencatatkan 97.6% responden manakala tahap pengherotan kognitif dalam kalangan klien PUSPEN adalah berada pada tahap yang rendah dengan mencatatkan hanya 64% sahaja. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kefungsian keluarga dengan pengherotan kognitif. Kedua-dua pemboleh ubah iaitu skala kefungsian keluarga dan pengherotan kognitif menunjukkan nilai cronbach’s alpha yang tinggi iaitu 0.931 (skala kefungsian keluarga) dan 0.941 (pengherotan kognitif). Melalui kajian ini juga, didapati klien yang mempunyai kefungsian keluarga yang baik kurang terjebak dengan masalah pengherotan kognitif. Pembentukan keluarga yang sejahtera secara tidak langsung dapat membantu anak-anak tidak terlibat dengan sebarang kegiatan penyalahgunaan dadah yang akan merosakkan diri dan keluarga.