Warisan budaya kampung air berhadapan arus pembangunan di Sabah

Dari sudut sejarah awal, kumpulan masyarakat Melayu Brunei merupakan pengasas jenis petempatan kampung air di Sabah. Pada tahun 1970-an, kampung air menjadi satu fenomena petempatan dalam kalangan masyarakat peribumi dan imigran di Sabah. Kesannya telah menyebabkan wujud dua pola petempatan kampung...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Bilcher Bala, Zainuddin Baco, Baszley Bee Basrah Bee
Format: Article
Language:en
en
Published: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35852/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35852/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35852/
https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.3968
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dari sudut sejarah awal, kumpulan masyarakat Melayu Brunei merupakan pengasas jenis petempatan kampung air di Sabah. Pada tahun 1970-an, kampung air menjadi satu fenomena petempatan dalam kalangan masyarakat peribumi dan imigran di Sabah. Kesannya telah menyebabkan wujud dua pola petempatan kampung air; iaitu di sekitar bandar dan di luar bandar. Kampung air di luar bandar masih mengekalkan warisan penduduk asal. Kampung air di sekitar bandar menjadi petempatan bagi campuran pelbagai kaum peribumi dan imigran, dan dengan sifat setinggan. Populasi penduduk kaum peribumi di kampung air mula merosot pada awal dekad 1990-an disebabkan faktor pembangunan wilayah dan faktor perpindahan. Pertambahan pesat rumah di kampung air telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial dan alam persekitaran. Hal ini telah menjadikan kampung air umumnya satu petempatan masyarakat terpinggir. Bahkan, ia menimbulkan tanggapan serong daripada masyarakat luar terhadap cara dan taraf hidup di kampung air. Artikel ini menjelaskan status kampung air sebagai satu warisan bangsa dan budaya yang menghadapi cabaran arus pembangunan.