Kepimpinan Tuai Rumah dalam perubahan Politik di Sarawak, 1963-2021

Perubahan politik di Sarawak telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sistem kepimpinan rumah panjang orang Iban di Sarawak. Perkembangan politik sejak merdeka (1963) hingga politik kontemporari (2021) telah banyak mencorakkan perubahan terhadap kepimpinan tuai rumah (ketua rumah panjang), ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Philip Beginda, Bilcher Bala
Format: Article
Language:en
en
Published: FSSK, UMS 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35792/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35792/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35792/
https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4134
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perubahan politik di Sarawak telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sistem kepimpinan rumah panjang orang Iban di Sarawak. Perkembangan politik sejak merdeka (1963) hingga politik kontemporari (2021) telah banyak mencorakkan perubahan terhadap kepimpinan tuai rumah (ketua rumah panjang), yakni dari segi peranan dan tingkah laku. Kajian ini cuba melihat perbandingan di corak kepimpinan tuai rumah pada masa lampau dan masa kini agar perubahan yang telah berlaku dapat dikenal pasti. Peristiwa Ming Court 1987 dan kebangkitan Dayakisme yang dicetuskan oleh PBDS telah mengheret penyertaan tuai rumah ke dalam kancah politik. Hal ini telah mewujudkan suatu kesedaran kepada kerajaan pada masa itu bahawa institusi tuai rumah perlu dikawal selia. Persoalannya, apakah bentuk perubahan dan strategi kawal selia yang telah dilakukan terhadap kepimpinan tuai rumah? Kajian ini penting agar permasalahan yang melanda kepimpinan tuai rumah dapat dikenal pasti supaya kelestarian sistem kehidupan berumah panjang dalam kalangan orang Iban di Sarawak terus kekal relevan dan signifikan.