Fungsi Sosiobudaya Rumah Adat Tongkonan Suku Toraja Di Lalikan Pangala’, Toraja Utara, Sulawesi Selatan, Indonesia

Rumah Adat Tongkonan merupakan warisan budaya yang dimiliki Suku Toraja di Indonesia dimana ianya menjadi pusat kehidupan sebagai rumah adat yang multifungsi. Secara umumnya, Rumah Adat Tongkonan ini terkait dengan sistem kepercayaan yang diperturunkan oleh leluhur Suku Toraja iaitu Aluk Todolo dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Alicia Anatasha Wong, Rosazman Hussin, Gusni Saat
Format: Article
Language:en
en
Published: Borneo Institute for Indigenous Studies (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35779/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35779/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35779/
https://doi.org/10.51200/jobsts.v8i1.4165
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rumah Adat Tongkonan merupakan warisan budaya yang dimiliki Suku Toraja di Indonesia dimana ianya menjadi pusat kehidupan sebagai rumah adat yang multifungsi. Secara umumnya, Rumah Adat Tongkonan ini terkait dengan sistem kepercayaan yang diperturunkan oleh leluhur Suku Toraja iaitu Aluk Todolo dan mengandungi banyak filosofi seperti kepercayaan, kebanggaan, tradisi kuno serta peradaban yang semuanya tersirat pada bangunan ini. Fungsi sosiobudaya Rumah Adat Tongkonan sebagai warisan budaya dalam kehidupan komuniti suku Toraja merupakan fokus utama di Kampung Lalikan Pangala’, Toraja Utara, Sulawesi Selatan, Indonesia. Objektif kajian ini akan memberi fokus terhadap fungsi sosial, fungsi fizikal dan fungsi ekonomi Rumah Adat Tongkonan. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menerusi kaedah temu bual mendalam dengan menemubual seramai lima orang key informan, kaedah pemerhatian dengan memerhati Rumah Adat Tongkonan dan kaedah sumber data sekunder bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Hasil analisis data menunjukkan fungsi sosial Rumah Adat Tongkonan adalah sebagai tempat musyawarah bagi rumpun keluarga melalui upacara Rambu’ Solo dan Rambu’ Tuka. Fungsi fizikal menunjukkan Rumah Adat Tongkonan adalah sebagai alat yang melambangkan status sosial, menggambarkan nilai-nilai kehidupan melalui motif ukiran dan warna, ruang rumah sebagai tempat menyimpan jenazah anggota keluarga dan struktur bawah Rumah Adat Tongkonan yang multifungsi. Fungsi ekonomi menunjukkan Rumah Adat Tongkonan dijadikan sebagai produk kerajinan tangan yang membantu pendapatan komuniti serta memperkenalkan Rumah Adat Tongkonan. Rumah Adat Tongkonan ini merupakan sebuah karya agung yang harus dilindungi agar ianya dapat menjadi tatapan generasi akan datang.