Sistem politik tradisional kesultanan Brunei di Tuaran semasa pemerintahan Sultan Abdul Momin (1877-1885): suatu geneologi sejarah

Kedudukan Sungai Tuaran adalah di kawasan persisiran Sungai di sebelah pantai barat Borneo Utara. Kemunculan di kawasan Sungai Tuaran sudah lama wujud sejak dari zaman pemerintahan Sultan Abdul Momin yang dinyatakan dalam surat perjanjian dengan Maharajah Overbeck pada 29 Disember tahun 1877. Namun,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusry Sulaiman, Mosli Tarsat, Rizal Zamani Idris, Mohd Firdaus Abdullah
Format: Article
Language:en
en
Published: ResearchGate 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35527/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35527/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35527/
https://www.researchgate.net/publication/366723407_SISTEM_POLITIK_TRADISIONAL_KESULTANAN_BRUNEI_DI_TUARAN_SEMASA_PEMERINTAHAN_SULTAN_ABDUL_MOMIN_1877-1885_SUATU_GENEOLOGI_SEJARAH
https://doi:10.51200/jobsts.v8i1.4149
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kedudukan Sungai Tuaran adalah di kawasan persisiran Sungai di sebelah pantai barat Borneo Utara. Kemunculan di kawasan Sungai Tuaran sudah lama wujud sejak dari zaman pemerintahan Sultan Abdul Momin yang dinyatakan dalam surat perjanjian dengan Maharajah Overbeck pada 29 Disember tahun 1877. Namun, sistem pentadbiran di Tuaran telah diambil alih dan dilaksanakan oleh golongan pembesar Brunei seperti Pengiran Abdul Rauf, Pengiran Siti Anak Khatijah, Pengiran Muda Muhammad dan Pengiran Muda Muhammad Hassan. Pimpinan tersebut mempunyai rakyat tersendiri, khususnya etnik Bajau yang kebanyakannya menetap di kawasan persisiran Sungai Tuaran. Tambahan pula, dalam sistem pemilikan wilayah tradisional Brunei di pantai barat Borneo Utara, Tuaran merupakan satu-satunya kawasan yang berstatus Sungai Kuripan. Ini bermaksud bahawa Sungai tersebut telah ditadbir urus sepenuhnya oleh golongan pembesar Brunei. Di samping itu, terdapat sumber catatan barat bahawa Sungai Tuaran ini merupakan pusat pertemuan dan perdagangan di antara masyarakat yang berada di daratan mahupun lautan seperti Bajau dan Dusun. Tidak hairanlah bahawa Sungai Tuaran merupakan sungai terpenting bagi kedua-dua masyarakat tersebut yang saling memerlukan untuk memenuhi keperluan harian mereka. Secara majoritinya, kawasan tersebut telah didiami oleh masyarakat Bajau kerana mereka merupakan penghuni tetap asal di persisiran Sungai Tuaran. Lebih menarik lagi, kawasan Tuaran telah diserahkan kepada British North Borneo Company pada 5 April 1884 semasa pemerintahan Sultan Abdul Momin. Kaedah penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan arkib sebagai sumber rujukan kajian. Makalah ini akan menjelaskan tentang kepentingan masyarakat Bajau dan sistem pentadbiran di Sungai Tuaran semasa pemerintahan Sultan Abdul Momin dari tahun 1877 sehingga 1885.