Sejarah penglibatan Uthmaniyyah dalam perang dunia pertama pada tahun 1914 hingga 1918

Kajian ini memberi tumpuan kepada sejarah keterlibatan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 hingga 1918. Permasalahan kajian yang mendasari penyelidikan ini adalah berkenaan penglibatan Empayar Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama yang memberi kesan yang mendalam kepada sej...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Aglab Hashim
Format: Academic Exercise
Language:en
en
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35472/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35472/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35472/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memberi tumpuan kepada sejarah keterlibatan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 hingga 1918. Permasalahan kajian yang mendasari penyelidikan ini adalah berkenaan penglibatan Empayar Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama yang memberi kesan yang mendalam kepada sejarah Turki dan Islam. Oleh hal demikian, objektif utama dalam melaksanakan kajian ini adalah mengkaji keterlibatan empayar/Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama, membincangkan kejayaan dan kegagalan yang dicapai oleh Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 hingga 1918 dan menilai kesan terhadap Turki Uthmaniyah selepas Perang Dunia Pertama yang berlaku pada 1914 hingga 1918. Kaedah kajian yang digunakan adalah menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya yang bersumberkan daripada buku, artikel, makalah, dan internet. Dapatan kajian menunjukkan keadaan Turki Uthmaniyyah yang memaksakan mereka terlibat dalam perang ini dan membuat pakatan bersama Kuasa Pusat yang terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary dan Uthmaniyyah dan menentang Pakatan Pihak Bersekutu yang terdiri daripada Rusia, Britian dan Perancis. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan kejayaan dan kegagalan Uthmaniyyah dalam membantu pihak Kuasa Pusat untuk menang dan mendapat habuannya, namun kemenangan dalam Perang Dunia Pertama berpihak kepada Pihak Bersekutu. Hal ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada pihak yang kalah, terutama Turki Uthmaniyyah yang terkena impak yang mendalam daripada pelbagai aspek seperti pemerintahan, politik, ekonomi dan sosial.