Pencerobohan vessel nelayan asing di perairan pantai barat Sabah: penilaian terhadap cabaran dan keberkesanan penguatkuasaan maritim
Malaysia diiktiraf dunia sebagai salah sebuah negara mega biodiversiti yang memiliki lebih kurang 449 spesies ikan air tawar dan 500 lebih spesies marin. Spesies marin yang bernilai tinggi ialah sirip ikan yu, bluefin tuna, arowana dan balat. Pencerobohan vessel nelayan asing merupakan salah satu an...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en en |
| Published: |
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS
2022
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35401/1/Abstract.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35401/2/Full%20text.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35401/ https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/4175 https://doi.org/10.51200/ejk.v28i1.4175 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Malaysia diiktiraf dunia sebagai salah sebuah negara mega biodiversiti yang memiliki lebih kurang 449 spesies ikan air tawar dan 500 lebih spesies marin. Spesies marin yang bernilai tinggi ialah sirip ikan yu, bluefin tuna, arowana dan balat. Pencerobohan vessel nelayan asing merupakan salah satu ancaman terhadap hidupan laut yang bernilai tinggi. Gejala ini juga turut menjejaskan hasil perikanan dan pendapatan negara. Di Sabah, balat menjadi tarikan utama nelayan asing kerana harganya boleh mencecah USD3583/sekilo Negara juga mengalami kerugian dianggarkan sejumlah RM6 bilion setahun akibat pencerobohan vessel nelayan asing. Nelayan asing turut mengeksploitasi sumber laut seperti sotong dan mereka juga cenderung menggunakan peralatan penangkapan seperti pukat tunda yang menyebabkan kerosakan terumbu karang. Pencerobohan nelayan asing turut mengancam kelangsungan hidup nelayan tempatan dan keselamatan negara. Sehubungan dengan itu, antara objektif utama artikel ini adalah menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh agensi penguat kuasa untuk menghalang pencerobohan vessel nelayan asing di perairan pantai barat Sabah. Objektif seterusnya adalah menilai keberkesanan penguatkuasaan maritim dalam usaha menghalang pencerobohan tersebut. Penilaian terhadap langkah penguatkuasaan difokuskan terhadap sistem pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemu bual secara mendalam informan dari agensi penguat kuasa maritim, mengendalikan Focus Group Discussion (FGD) serta menjalankan pemerhatian dengan menyertai operasi penguat kuasa maritim semasa mereka melakukan rondaan mengekang aktiviti nelayan asing di perairan pantai barat Sabah. Dapatan kajian awal menunjukkan antara langkah penguatkuasaan ialah membuat pindaan terhadap Akta Perikanan (pindaan 2019) untuk mengekang kemasukan nelayan asing. Namun, kekurangan aset merupakan cabaran utama langkah penguatkuasaan kerana menjejaskan kecekapan rondaan dan pemantauan di perairan pantai barat Sabah yang mempunyai keluasan sehingga 200 batu nautika. Pertindihan tanggungjawab antara Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Polis Marin (APMM) juga menyukarkan pembahagian aset dan turut memberi impak terhadap keberkesanan menyekat kemasukan vessel nelayan asing. |
|---|
