Media sosial dan impaknya kepada kehidupan pelajar di kampus
Media sosial merupakan medium secara maya atau atas talian yang mana memberikan pengguna peluang untuk mengakses, berkongsi, melayari, menyertai, mencipta kandungan melalui rangkaian sosial yang meluas tanpa sempadan. Kajian ini mempunyai 2 objektif kajian iaitu pertama untuk mengenalpasti fungsi me...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Academic Exercise |
| Language: | en en |
| Published: |
2022
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35366/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35366/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35366/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Media sosial merupakan medium secara maya atau atas talian yang mana memberikan pengguna peluang untuk mengakses, berkongsi, melayari, menyertai, mencipta kandungan melalui rangkaian sosial yang meluas tanpa sempadan. Kajian ini mempunyai 2 objektif kajian iaitu pertama untuk mengenalpasti fungsi media sosial kepada pelajar di Universiti Malaysia Sabah dan yang kedua untuk mengetahui kesan media sosial kepada kehidupan pelajar di kampus. Kajian ini menggunakan teori Digital Age Learning Teory atau Teori Pembelajaran Zaman Digital untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan garis panduan bagi pengkaji semasa menjalankan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data. Seramai 327 orang responden telah menjawab soal selidik yang dibuat oleh pengkaji. Pengkaji turut menggunakan Statistical Package for Sosial Science (SPSS) untuk menganalisis data kajian. Kajian ini mendapati bahawa media sosial berfungsi sebagai komunikasi antara pelajar, sumber rujukan, medium membuat pelbagai tugasan, penyelidikan, kelas secara atas talian, hiburan, e-sport, perniagaan atas talian, pengurusan kewangan dan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran. Kesan media sosial pula dilihat mampu meningkatkan kualiti hidup pelajar yang tinggal di kampus ke arah yang lebih moden dan digital. |
|---|
