Keindahan ungkapan doa: Impaknya dalam metode dakwah bil Mauizah
Doa merupakan senjata bagi orang-orang Islam. Lantaran itu, ia boleh menjadi wasilah berdakwah secara berhikmah. Selain doa yang dimakbulkan sebagai senjata dakwah, dari segi lain lafaz doa tersebut boleh juga menjadi material dakwah, iaitu melalui ungkapan doa tersebut boleh menjadi material metode...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | en en |
| Published: |
2022
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34710/1/ABSTRAK.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34710/2/FULL-TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34710/ https://www.researchgate.net/publication/364734877_KEINDAHAN_UNGKAPAN_DOA_IMPAKNYA_DALAM_METODE_DAKWAH_BIL_MAUIZAH |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Doa merupakan senjata bagi orang-orang Islam. Lantaran itu, ia boleh menjadi wasilah berdakwah secara berhikmah. Selain doa yang dimakbulkan sebagai senjata dakwah, dari segi lain lafaz doa tersebut boleh juga menjadi material dakwah, iaitu melalui ungkapan doa tersebut boleh menjadi material metode dakwah bil mauizah (kata-kata nasihat). Mengkaji bentuk-bentuk kesusasteraan doa dan hubungannya dengan dakwah bil mauizah. Metodologi kajian ialah kajian kualitatif tinjauan perpustakaan sepenuhnya. Wujud dalam al-Quran dan as-Sunah keindahan bahasa doa yang tinggi unsur balaghah, dan pengurusan metode dakwah bil Mauizah. Oleh itu. teliti dalam memetik manamana doa-doa muktabar, dan mengarang doa-doa tertentu yang indah bahasanya dilihat memberikan impak positif dalam dakwah bil Mauizah terhadap diri sendiri dan kepada golongan sasaran dakwah. Sewajarnyalah dalam kehidupan seharian Muslim, doa perlu diuruskan dengan baik, iaitu pertama; jelas maksudnya, ikhlas dari hati, menjaga adab-adab, menggunakan bahasa rintihan dan harapan. Kedua; menyelitkan unsur puitis, iaitu jika berkemampuan menyusun doa secara puitis dan penuh keindahan berbahasa yang menyentuh kalbu maka ia adalah kelebihan seseorang itu kerana mampu melakukan proses bersama dalam doa tersebut iaitu dakwah bil mauizah. Selain itu, doa bil mauizah tersebut juga boleh dijadikan material yang membantu proses tafakur, motivasi, psikoterapi dan kaunseling. Kajian ini berkepentingan menilai semula bentuk bahasa doa yang sesuai yang diamalkan dalam kehidupan seharian dan yang diungkapkan oleh pendakwah dalam berdakwah, berikutan wujud dalam pemahaman masyarakat doa hanyalah sekadar doa dan tidak menimbangkan keperluannya disusun dalam konteks kekuatan bahasa serta implikasinya dalam dakwah bil mauizah. |
|---|
