Elemen Kitar Semula ke Arah Tapak Pelupusan Mapan di Malaysia: Satu Penelitian di Tapak Pelupusan Kayu Madang, DewanBandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Penggunaan teknologi dalam pengurusan sisa pepejal semakin berkembang terutamanya di negara-negara maju seperti Jepundan Amerika Syarikat. Walaubagaimanpun, tidak semua negara mempunyai keupayaan untuk menggunapakai kaedah moden dalam pelupusan sisa pepejal. Ini termasuklah di negara sedang membangu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Tahir Mapa, Ubong Imang, Aliakbar Gulasan, Nordin Sakke, Abdul Hair Beddu Asis
Format: Article
Language:en
en
Published: Penerbit UPSI 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34006/1/Elemen%20Kitar%20Semula%20ke%20Arah%20Tapak%20Pelupusan%20Mapan%20di%20Malaysia.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34006/2/Elemen%20Kitar%20Semula%20ke%20Arah%20Tapak%20Pelupusan%20Mapan%20di%20Malaysia1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34006/
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/view/2024
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan teknologi dalam pengurusan sisa pepejal semakin berkembang terutamanya di negara-negara maju seperti Jepundan Amerika Syarikat. Walaubagaimanpun, tidak semua negara mempunyai keupayaan untuk menggunapakai kaedah moden dalam pelupusan sisa pepejal. Ini termasuklah di negara sedang membangun seperti Malaysia. Hal ini menyebabkan banyak tapak pelupusan terbuka (open dumping) wujud untuk menampung jumlah sisa yang semakin banyak. Kajian yang dijalankan di tapak pelupusan Kayu Madang,Kota Kinabalu ini adalah untuk mengenalpasti elemen pengurusan tapak pelupusan mapan yang terdapat di kawasan tersebut dan apakah sumbangan elemen tersebut dalam usaha mencapai tapak pelupusan mapan dan impak terhadap alam sekitar. Kajian ini menggunakan data yang dikutip melalui edaran borang soal selidik terhadap isirumah dan ‘scavengers’, temubual dengan pegawai utama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan data sekunder daripada DBKK dan pusat pengumpul bahan kitar semula. Hasil kajian mendapati, elemen pengurusansememangnya wujud di kawasan ini namun berada pada kadar yang sangat minimum. Ini merujuk kepada aktiviti kitar semula yang dilakukan oleh pelbagai pihak iaitu isirumah, pusat pengumpul dan ‘scavengers’. Elemen ini perlu diperhebat untuk mewujudkan satu gabungan komponen pengurusan sisa yang boleh mencapai ke arah pengurusan tapak pelupusan mapan seterusnya dapat memanjangkan tempoh hayat tapak pelupusan.