Peranan ‘peristiwa’ dalam pembentukan identiti: Peristiwa Tanduo 2013 dan pembentukan identiti masyarakat Suluk (Tausug) di Sabah

Elemen bukan fizikal merupakan elemen utama dalam pembentukan sempadan, terutamanya pembentukan sempadan identiti sesuatu kumpulan. Namun, artikel ini melihat bahawa pembentukan sempadan bukan fizikal ini tidak boleh difahami sebagai satu proses semula jadi kerana ia merupakan elemen yang dibentuk o...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ramli Dollah, Zaini Othman, Shawaluddin Wan Hassan, Salmie Jemon
Format: Article
Language:en
en
Published: Penerbit UMS 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33778/1/Peranan%20%E2%80%98peristiwa%E2%80%99%20dalam%20pembentukan%20identiti%2C%20Peristiwa%20Tanduo%202013%20dan%20pembentukan%20identiti%20masyarakat%20Suluk%20%28Tausug%29%20di%20Sabah.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33778/2/Peranan%20%E2%80%98peristiwa%E2%80%99%20dalam%20pembentukan%20identiti%2C%20peristiwa%20tanduo%202013%20dan%20pembentukan%20identiti%20masyarakat%20suluk%20%28tausug%29%20di%20sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33778/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1122
https://doi.org/10.51200/ejk.v0i0.1122
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Elemen bukan fizikal merupakan elemen utama dalam pembentukan sempadan, terutamanya pembentukan sempadan identiti sesuatu kumpulan. Namun, artikel ini melihat bahawa pembentukan sempadan bukan fizikal ini tidak boleh difahami sebagai satu proses semula jadi kerana ia merupakan elemen yang dibentuk oleh proses tertentu. Dalam hal ini, penulis melihat bahawa salah satu daripada elemen penting yang membawa kepada wujudnya wacana hegemoni dalam pembentukan sempadan identiti ini adalah melalui elemen ‘peristiwa’. Oleh itu, artikel ini membincangkan bahawa peristiwa Tanduo di Sabah merupakan ‘tragedi’ identiti masyarakat Tausug di negeri ini kerana peristiwa ini mewujudkan kebenaran sosial dalam kalangan masyarakat yang akhirnya membawa kepada imej negatif masyarakat Suluk di negeri Sabah. Jelasnya, pembentukan imej negatif ini terhasil daripada fungsi ‘peristiwa’ tersebut dan menyebabkan ia menjadi salah satu fakta yang tidak dapat disangkal kebenarannya. Akibatnya, masyarakat Suluk dilihat sebagai ‘bermasalah’, ‘perlu dijauhi’, ‘berbahaya’ dan seterusnya membawa kepada pembentukan pelbagai kategori Tausug yang sebelum ini berada dalam satu kategori yang sama. Dalam hal ini, penulis melihat jika sempadan fizikal boleh diperkukuhkan melalui peningkatan ketenteraan, artikel ini melihat pembentukan dasar-dasar yang berguna perlu dimainkan oleh badan-badan bukan kerajaan, ahli-ahli politik dan sebagainya terutamanya dalam mengurus persepsi yang berlaku ini.