Propaganda dan disinformasi: Politik persepsi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Malaysia
Media memainkan peranan penting membentuk pemikiran pengundi. Media baharu sekali lagi dilihat memainkan peranan penting dalam menetapkan dan membentuk wacana publik pada PRU-14 di Malaysia. Media merupakan sumber maklumat politik yang utama kepada rakyat dalam masyarakat demokratik meskipun berita...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en en |
| Published: |
Penerbit UMS
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33755/1/Propaganda%20dan%20disinformasi%2C%20Politik%20persepsi%20dalam%20Pilihan%20Raya%20Umum%20Ke-14%20%28PRU-14%29%20Malaysia.ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33755/2/Propaganda%20Dan%20Disinformasi%2C%20politik%20Persepsi%20Dalam%20Pilihan%20Raya%20Umum%20Ke-14%20%28Pru-14%29%20Malaysia.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33755/ https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1648 https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1648 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Media memainkan peranan penting membentuk pemikiran pengundi. Media baharu sekali lagi dilihat memainkan peranan penting dalam menetapkan dan membentuk wacana publik pada PRU-14 di Malaysia. Media merupakan sumber maklumat politik yang utama kepada rakyat dalam masyarakat demokratik meskipun berita bukanlah kebenaran mutlak, apatah lagi fakta dan fiksyen sering kali dicampur aduk bagi maksud mencapai agenda tersembunyi. Pada dasarnya, bukan semua orang mempunyai pengalaman sebenar atau langsung dengan kebanyakan isu atau peristiwa yang hangat diperdebatkan sebagai topik yang mempunyai kepentingan publik. Sarjana kewartawanan seperti Tuchman (1978) sering menekankan bagaimana penerbit berita secara sistematik mengkonstruk suatu bentuk realiti yang spesifik dalam proses pemberitaan. Apa yang cuba dimaksudkan oleh beliau “berita merupakan jendela dunia” ialah pengetahuan dan kefahaman seseorang lazimnya bergantung kepada laporan media meskipun berita bukan cerminan kepada realiti dunia sebenar. Hal yang sama juga mendorong saintis-saintis politik tampil dengan hujah sesiapa yang mengusai media akan memenangi pilihan raya. Perubahan mediaskap di Malaysia telah menyaksikan publik tidak lagi dikawal oleh media arus perdana, sebaliknya media sosial yang mulai diperkenalkan mulai lewat 1990-an sebagai suara alternatif kepada rakyat. Perubahan drastik mulai berlaku dengan pengenalan telefon pintar dan media sosial. Isu-isu yang terdahulunya tidak diketahui kini boleh jadi viral dalam sekelip mata. Malangnya, terdapat juga banyak berita palsu yang direka khusus untuk tujuan kempen pilihan raya disebarkan secara berleluasa. Apa yang boleh dilihat pada PRU-14 adalah pelbagai partisan, propaganda, disinformasi dan pragmatisme yang membentuk politik persepsi dalam kalangan rakyat Malaysia. |
|---|
