Geopolitik negeri Johor dan prestasi parti politik dalam Pilihan Raya Umum DUN Johor 2022

Politik Negeri Johor bergolak apabila Menteri Besar Johor bertindak menyerahkan warkah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kepada Baginda Sultan Johor yang mendapat perkenan Baginda pada 22 Januari 2022 untuk diadakan pilihan raya DUN baru bagi mewujudkan sebuah Kerajaan Negeri yang stabil....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Syahruddin Hj Awg Ahmad, Fauzie Sarjono, Mohamad Haziq Ikhsan Mohd Rudzainor, Aajirah Hanim Abdul Halim, Mohd Syukri Zainuddin, Ahmad Aiman Noor Azman, Muhammad Yusuf Idris
Format: Article
Language:en
en
Published: Global Academic Excellence 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33631/1/Geopolitik%20negeri%20Johor%20dan%20prestasi%20parti%20politik%20dalam%20Pilihan%20Raya%20Umum%20DUN%20Johor%202022.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33631/2/Geopolitik%20negeri%20Johor%20dan%20prestasi%20parti%20politik%20dalam%20pilihan%20raya%20umum%20DUN%20Johor%202022.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33631/
http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2022-28-06-01.pdf
https://doi.org/10.35631/IJLGC.728001
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Politik Negeri Johor bergolak apabila Menteri Besar Johor bertindak menyerahkan warkah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kepada Baginda Sultan Johor yang mendapat perkenan Baginda pada 22 Januari 2022 untuk diadakan pilihan raya DUN baru bagi mewujudkan sebuah Kerajaan Negeri yang stabil. Pilihan raya yang diadakan pada 12 Mac 2022 tersebut dianggap sebagai kontroversi kerana diadakan dalam keadaan penularan wabak pandemik COVID-19 yang belum pulih sebaiknya dan keadaan ekonomi rakyat yang tidak mengizinkan. Namun pilihan raya ini dapat dijadikan sebagai kayu ukur bagi prestasi parti politik menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang di samping merupakan pilihan raya pertama yang melibatkan undi-18. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis geopolitik Negeri Johor dan prestasi parti politik dalam Pilihan Raya Umum DUN Johor 2022. Berdasarkan analisis data keputusan PRU DUN Johor 2022, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi pilihan raya tersebut dengan jumlah kerusi DUN yang memberangsangkan namun Perikatan Nasional (PN) turut memberi cabaran yang hebat terutamanya di kawasan majoriti pengundi etnik Melayu manakala Pakatan Harapan (PH) terus mendominasi kawasan bandar majoriti etnik Cina. Parti-parti politik lain sekadar memenuhi tuntutan demokrasi dan memeriahkan suasana kempen pilihan raya. Pilihan raya ini juga menyaksikan jumlah peratus keluar mengundi menurun kepada hanya 54.92 peratus. Justeru, pilihan raya ini masih belum dapat dijadikan indikator sokongan pengundi pada PRU-15 kerana peratus keluar mengundi yang rendah di samping isu besar yang boleh muncul secara tiba-tiba menuru PRU-15 nanti.