Hak asasi bukan Muslim di Malaysia: Analisis isu terpilih

Persoalan hak asasi sering menjadi pertikaian dalam kalangan masyarakat terutamanya apabila menyentuh isu-isu sensitif berkaitan agama. Pelbagai persepsi dan pandangan yang ditonjolkan bagi menyampaikan konsep sebenar hak asasi berdasarkan kaca mata mereka sendiri. Di Malaysia, antara perkara hangat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairul Azhar Meerangani, Syamsul Azizul Marinsah, Muhamad Asyraf Ahmad Termimi, Muhammad Ikhlas Rosele, Rahimin Affandi Abdul Rahim
Format: Conference or Workshop Item
Language:ms
ms
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33629/1/Hak%20asasi%20bukan%20Muslim%20di%20Malaysia_%20Analisis%20isu%20terpilih.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33629/2/Hak%20asasi%20bukan%20Muslim%20di%20Malaysia_%20Analisis%20isu%20terpilih%20_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33629/
https://www.researchgate.net/publication/322883538_HAK_ASASI_BUKAN_MUSLIM_DI_MALAYSIA_ANALISIS_ISU_TERPILIH
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Persoalan hak asasi sering menjadi pertikaian dalam kalangan masyarakat terutamanya apabila menyentuh isu-isu sensitif berkaitan agama. Pelbagai persepsi dan pandangan yang ditonjolkan bagi menyampaikan konsep sebenar hak asasi berdasarkan kaca mata mereka sendiri. Di Malaysia, antara perkara hangat yang menjadi pertikaian antara masyarakat Muslim dan Bukan Muslim adalah sejauh mana kedudukan Islam sebagai agama dan pegangan rasmi mampu memenuhi keperluan hak asasi semua pihak. Maka, kajian ini akan menyoroti beberapa perbahasan prinsip Islam dalam menangani persoalan hak asasi manusia. Kajian ini juga akan menganalisis isu terpilih berhubung persoalan hak asasi semasa yang dibawa oleh COMANGO ke persidangan PBB menurut perspektif Islam. Hal ini bagi mengenal pasti sama ada isu hak asasi yang ditimbulkan oleh gabungan NGO ini bertepatan dengan peruntukan hak asasi yang ditawarkan oleh Islam atau sebaliknya. Hasil kajian mendapati persoalan yang ditimbulkan sesetengah pihak berhubung hak asasi dilihat lebih bersandarkan teori Barat tanpa mengambil kira asas yang telah ditetapkan oleh Islam.